Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 (Tarikh Bayaran). Bilakah tarikh bayaran dividen Bank Rakyat tahun 2024 diumumkan? Panduan buat pencarum yang ingin mengetahui kadar dividen Bank Rakyat tahun 2022. Untuk makluman, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, menyamai keputusan pada tahun kewangan sebelumnya. Pembayaran dividen ini membabitkan sebanyak RM426.77 juta kepada 799,511 anggota. Pencarum boleh semak kemasukan bayaran dividen Bank Rakyat tahun 2022 melalui laman web https://www.bankrakyat.com.my.
Bank Rakyat ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM99.22 bilion berakhir Disember 2016. Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai 147 cawangan dengan lebih daripada 990 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 183 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.
Kadar Dividen Bank Rakyat 2023/2024 (Tarikh Bayaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kadar dividen Bank Rakyat termasuk memaparkan tarikh, jumlah kadar pengagihan dan cara semakan penyata:
Tarikh dan Jumlah Dividen Bank Rakyat 2023
- Tarikh umum: 30 Mac 2023
- Kadar dividen: 15%
Senarai Kadar Dividen Bank Rakyat Pada Tahun-tahun Sebelumnya (2014-2021)
Tahun | Kadar Dividen |
2014 | 15% |
2015 | 13% |
2016 | 15% |
2017 | 15% |
2018 | 13% |
2019 | 14% |
2020 | 13% |
2021 | 15% |
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau layari laman web https://www.bankrakyat.com.my/
BACA JUGA: Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN