Permohonan KPTM 2026 Online Kolej Poly-Tech MARA

Permohonan KPTM 2026 Online Kolej Poly-Tech MARA. Berminat melanjutkan pengajian ke KPTM? Panduan buat lepasan SPM/ STPM/ STAM yang berminat melanjutkan pelajaran ke Kolej Poly-Tech MARA ambilan 2026. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke KPTM boleh dibuat bagi pengambilan bulan April, Jun, Julai dan November tahun 2026. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPTM.

Permohonan KPTM 2026 Online Kolej Poly-Tech MARA

Kolej Poly-Tech MARA atau ringkasnya KPTM adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana ia menawarkan program pengajian yang mengkhususkan untuk melahirkan insan berkemahiran tinggi bagi masa depan.

Permohonan KPTM 2026 Online Kolej Poly-Tech MARA

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan KPTM termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan, senarai program/ tempat pengajian dan cara hubungi :

Tarikh Permohonan: 31 Mac 2026 (Intake Julai)

Syarat Kemasukan KPTM

Lulus SPM sekurang-kurangnya tiga kredit di mana-mana subjek serta lulus Matematik.

Cara Permohonan Kemasukan ke KPTM Online

1. Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi KPTM di https://eadmission.kptm.edu.my

2. Klik menu utama bahagian “Program Ditawarkan”.

3. Semak syarat kelayakan program dengan teliti.

4. Isi dan lengkapkan Permohonan Kemasukan. Klik “Permohonan Online” untuk memohon secara online.

5. Pastikan anda memilih program mengikut keutamaan.

6. Hantar permohonan secara online.

7. Simpan ‘Slip Permohonan’ sebagai bukti permohonan.

8. Semakan permohonan KPTM dan muat turun pakej tawaran www.kptm.edu.my.

* Untuk maklumat lanjut tentang permohonan KPTM, anda boleh rujuk di PANDUAN PERMOHONAN.

Senarai Program Yang Ditawarkan di KPTM

1. Profesional

2. Kejuruteraan

3. Perniagaan dan Perakaunan

4. Multimedia Kreatif

5. Sains Sosial dan Kemanusiaan

6. Bio-Industri dan Sains Kesihatan

7. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Senarai Cawangan KPTM di Malaysia

● KUPTM Kuala Lumpur

● KPTM Bangi

● KPTM Kuantan

● KPTM Batu Pahat

● KPTM Alor Setar

● KPTM Ipoh

● KPTM Kota Bharu

● KPTM Semporna

● KPTM Kesedar

* Untuk merujuk program pengajian dan tempat pengajian di KPTM, anda boleh klik disini.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline KPTM di talian 03-9179 5639 / 5637 atau emel ke marketing@uptm.edu.my.

BACA JUGA: Semakan Keputusan KPTM

2 Comments

  1. Spm18 March 27, 2019
    • Spm18 March 27, 2019

Leave a Reply