Kalendar dan Tarikh Penting UPUOnline 2025/26 (Intake Baru)

Kalendar dan Tarikh Penting UPUOnline 2025/26 (Intake Baru). Bilakah tarikh permohonan UPU sesi akademik 2025/2026? Untuk makluman, permohonan UPUOnline kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi pengambilan baharu dibuka pada 10 Februari sehingga 14 Mac 2025. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi UPU https://upu.mohe.gov.my. Sebelum itu, calon perlu ketahui tarikh penting permohonan UPU yang merangkumi tarikh pembelian nombor pin UPU, semakan panggilan, keputusan tawaran dan rayuan permohonan.

Kalendar dan Tarikh Penting UPUOnline 2025/26 (Intake Baru)

Kalendar dan Tarikh Penting UPUOnline 2025/26 (Intake Baru)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan ILKA. Permohonan ini terbuka kepada calon lepasan SPM/ STPM dan Setaraf dengannya.

Kalendar Permohonan UPUOnline 2025-26 IPTA ILKA

  • Permohonan UPU dibuka/ ditutup : 10 Februari – 14 Mac 2025 (Fasa 1), 14 April – 16 Mei 2025 (Fasa 2)
  • Proses temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : Mei – Jun 2025
  • Proses temuduga/ ujian bagi lepasan STPM/ Setaraf : Mei – Ogos 2025
  • Fasa pengemaskinian lepasan SPM : Minggu pertama Jun 2025
  • Fasa pengemaskinian lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-4 Julai 2025
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2025
  • Permohonan rayuan bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2025
  • Permohonan rayuan bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2025
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2025

Syarat Kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik

Bagi lepasan SPM dan STPM/ Setaraf yang ingin memasuki ke Universiti Awam dan Politeknik hendaklah membuat semakan syarat kemasukan menerusi laman web https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/.

Cara Permohonan Kemasukan UA Di UPUOnline

Permohonan kemasukan ke Universiti Awam ambilan 2025-26 boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/

Sebarang kemusykilan atau maklumat lanjut sila layari ke Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) disini atau hubungi Hotline UPU di talian 03-8684 2363.

BACA JUGA:

Leave a Reply