Carta Alir Permohonan UPUOnline 2023-24 (Lengkap)

Carta Alir Permohonan UPUOnline 2023-24 (Lengkap). Bagaimana cara nak isi borang UPU? Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan UPUOnline kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ambilan 2021/2022. Untuk makluman, permohonan UPU sesi 2021/22 akan dibuka bermula pada 4 Januari sehingga 7 April 2021. Permohonan UPUOnline ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi upu.mohe.gov.my.

Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2023-24 (Lengkap)

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia atau ringkasnya BPKP JPT adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras pemohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi program pengajian lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf untuk ambilan Jun/ Julai 2021 yang dikategorikan kepada dua iaitu Universiti Awam & Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Carta Alir Permohonan UPUOnline 2023-24 (Lengkap)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang carta alir permohonan UPUOnline mengikut langkah-langkah yang betul :

Tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2021/2022

  • Permohonan UPU dibuka : 4 Januari 2021
  • Permohonan UPU ditutup : 7 April 2021
  • Semakan panggilan temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : 3 Mei 2021
  • Semakan panggilan Ujian MEdSI program Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : 31 Mei 2021
  • Semakan panggilan temuduga program Bukan Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : 31 Mei 2021
  • Fasa pengemaskinian bagi lepasan SPM : 15 Jun – 21 Jun 2021
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : 16 Julai – 25 Julai 2021
  • Fasa pengemaskinian bagi lepasan STPM/ Setaraf : 9 Ogos – 12 Ogos 2021
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-3 September 2021

Cara Pembelian Nombor Unik ID UPU

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

a) Pembelian boleh dibuat mulai 24 Februari hingga 06 April 2020.

b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.

c) Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja.

d) Kad Pengenalan/ MyKad atau salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian.

e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon.

Cara Permohonan UPU 2023-2024

1. Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama :-

a) No Kad Pengenalan

b) Alamat E-mel

c) Nama Ibu

d) Kata Laluan

e) Kod Keselamatan

f) Soalan Keselamatan Profil Akaun

2. Kemudian, pemohon perlu memasukkan lima maklumat tersebut untuk mengemukakan permohonan buat kali pertama :-

a) No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan

b) No. Unik ID

c) Jenis Permohonan

d) Program Pengajian

e) Kategori

ARTIKEL BERKAITAN : Kategori Permohonan UPU 2023-24

Carta Alir Permohonan UPU Online

Kepada pemohon yang telah mendaftar, pemohon boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.

1. Daftar Kali Pertama

2. Login

3. Isi Maklumat Peribadi

4. Isi Maklumat Keluarga

5. Isi Maklumat Akademik

6. Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian

7. Isi Maklumat Lain-Lain

8. Semak semua maklumat yang  dimasukkan adalah betul

9. Klik Sah & Hantar

10. Paparan Slip Permohonan dalam format PDF

11. Upload Dokumen

Untuk makluman lebih jelas boleh rujuk grafik carta alir permohonan UPU 2020/2021 di bawah ini.

Carta Alir Permohonan UPUOnline 2022/2023 (Lengkap)

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT di alamat dan talian seperti berikut :-

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
(03) 8870 8200

Laman Web : http://upu.mohe.gov.my

BACA JUGA : Syarat Kelayakan Permohonan UPU

Leave a Reply

%d bloggers like this: