Cara Permohonan UPUOnline 2023 Kemasukan UA Politeknik ILKA. Berminat melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Awam? Permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/Setaraf untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2023/2024 dibuka bermula pada 7 Februari hingga 28 Mac 2023. Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi UPU mengikut kategori masing-masing. Untuk pengambilan kedua kemasukan UA boleh dibuat permohonan terus ke universiti awam berkenaan.

Bagi calon yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA, KPM bersetuju memberi pengecualian bayaran proses nombor PIN UPU kepada semua pemohon sesi akademik 2023/2024. Sebelum permohonan, calon disarankan menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang diminati dan mengikuti syarat kelayakan.
Cara Permohonan UPUOnline 2023 Kemasukan UA Politeknik ILKA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UPUOnline termasuk memaparkan kategori kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Kategori Permohonan UPU 2023/2024
LEPASAN SPM
- SPM 2022
- SPM 2021 & 2020
LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
i. STPM 2022
ii. MATRIKULASI KPM/ ASASI SAINS UM/ ASASIPINTAR UKM/ ASASI UITM SESI AKADEMIK 2022/2023
iii. STAM 2022 & 2021
iv. DIPLOMA/ SETARAF
- DKM/ DLKM/ DVM/ DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA/ ILKA/ LAIN-LAIN KELAYAKAN
- A-LEVEL/ IB/ SEKOLAH SUKAN/ SAM/ CPU/ IPTS
- STPM, MATRIKULASI KPM/ ASASI, STAM (BUKAN TAHUN SEMASA)
- DIPLOMA UA/ DIPLOMA POLITEKNIK
Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2023/2024
- Permohonan UPU dibuka/ ditutup : 7 Februari – 28 Mac 2023 (Fasa 1), 15 Mei – 12 Jun 2023 (Fasa 2)
- Proses temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : Mei – Jun 2023
- Proses temuduga/ ujian bagi lepasan STPM/ Setaraf : Mei – Ogos 2023
- Fasa pengemaskinian lepasan SPM : Minggu pertama Jun 2023
- Fasa pengemaskinian lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-4 Julai 2023
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2023
- Permohonan rayuan bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2023
- Permohonan rayuan bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2023
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2023
Cara Beli Nombor Pin UPU 2023/2024
Menerusi kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2023/2024.

Cara Permohonan UPU 2023/2024 Lepasan SPM/ STPM
1. Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
2. Sila layari laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/
3. Pastikan kategori anda betul.
4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
5. Kira merit disini.
6. Semak tren permohonan dan penawaran.
7. Semak laluan kerjaya.
8. Isi permohonan UPUOnline.
9. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
11. Lengkapkan borang permohonan.
Klik butang “SIMPAN”.
12. Cetak slip permohonan.
13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.
Panduan Memilih Program UPUOnline
Sebelum permohonan, calon hendaklah memilih program dan bidang pengajian kemasukan ke Universiti Awam seperti berikut :
1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
2. Program yang minat.
3. Pilihan program mengikut keutamaan.
4. Rujuk kaunselor.
5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Nombor Hotline UPU 03- 86842363 atau layari ke laman web rasmi UPU upu.mohe.gov.my atau laman rasmi FB Kemasukan BPKP JPT.
Nak dapatkan info lebih tentang pendidikan boleh follow channel telegram https://t.me/upuonline_ipt