Koleksi Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Ibu Bapa, Suami Isteri & Sahabat

Koleksi Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Ibu Bapa, Suami Isteri & Sahabat. Nak buat ucapan hari lahir buat orang tersayang anda? Secara kebiasaannya kita akan menyambut ulang tahun kelahiran orang tersayang terutamanya kepada ibu bapa, suami isteri dan sahabat. Tarikh lahir orang tersayang biasanya kita akan mengingati dan menjadikan tarikh kelahiran mereka untuk dihargai. Bersempena hari ulang tahun kelahiran orang yang tersayang, dikongsikan contoh ucapan hari lahir untuk membuatkan mereka gembira serta terasa amat dihargai.

Koleksi Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Ibu Bapa, Suami Isteri & Sahabat

Koleksi Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Ibu Bapa, Suami Isteri & Sahabat

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh ucapan selamat hari lahir atau hari jadi kepada orang tersayang :

Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu

“Saya sangat beruntung dapat memiliki seorang ibu seperti ibu. Saya sangat mencintai ibu sampai bila-bila. Selamat hari jadi.”

“Happy birthday, Mama! Semoga dengan bertambahnya umur, mama semakin bahagia, sentiasa diberikan kesihatan dan umur yang panjang”.

Ucapan Selamat Hari Lahir Bapa

“Selamat Hari lahir ayah. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tempat saya bersandar apabila saya hampir jatuh. Semoga ayah sihat selalu.”

“Orang kata, ayah adalah cinta pertama anak perempuan. Memang betul, saya tidak dapat melupakan kasih sayang ayah. Selamat hari lahir ayah”.

Ucapan Selamat Hari Lahir Suami

“Selamat hari jadi buat mu hero ku yang sentiasa menjadi penyelamat hidupku, syukur kepada Allah kerana memanjangkan umur dan hubungan kita sehingga ke saat ini bersama zuriat kita”.

“Kaulah lelaki yang telah mengubah hidupku yang dahulunya gelap dan kini terang benderang disinari mentari yang tiada padam cahayanya dan kaulah cahaya itu selamanya”.

Ucapan Selamat Hari Lahir Isteri

“Selamat ulang tahun isteriku. Doa terbaikku selalu ku panjatkan untukmu, isteriku. I Love You”.

“Selamat ulang tahun isteriku. Ku tak punya hadiah istimewa untukmu tapi ku punya doa untukmu, agar kau selalu mendapatkan perlindungan dari Tuhan Yang Maha Kuasa”.

“Sangat sedikit orang yang bertemu pasangan jiwa mereka, tetapi saya cukup bernasib baik berkahwin dengan insan istimewa ini! Aku harap kamu mempunyai hari lahir yang indah. Selamat Hari Lahir sayang!”

“Happy Birthday My Wife. Semoga kau sentiasa menjadi ibu terhebat untuk anak-anak kita. Hidupku terasa sempurna dengan adanya dirimu dan anak-anak kita, I Love You”.

Ucapan Selamat Hari Lahir Sahabat Dan Kawan

“Walaupun banyak sekali rintangan yang akan kamu tempuhi, ingatlah bahawa aku selalu ada untukmu. Selamat hari jadi sahabat terbaikku!”

“Selamat bertambah umur! Semoga dipanjangkan umur, sihat selalu, dan sentiasa semangat menjalani kehidupan kerana kejayaan di masa hadapan ditentukan oleh setiap usaha hari ini”.

Leave a Reply