Login e-PCB: Cara Pengiraan & Kalkulator PCB 2025 Online. Nak kira potongan PCB secara online? Panduan buat pengguna yang ingin membuat pendaftaran akaun e-PCB. Potongan Cukai Bulanan atau dikenali sebagai PCB merupakan bentuk potongan bulanan yang menyumbang kepada pembayaran cukai dan pendapatan pekerjaan anda. Ianya dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tujuan pembayaran cukai pendapatan pekerja. Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyediakan aplikasi Kalkulator Potongan Cukai Bulanan atau sistem e-PCB adalah merupakan platform sokongan untuk memudahkan pembayar cukai membuat kiraan bagi menentukan sama ada jumlah PCB untuk tempoh setahun boleh dianggap sebagai cukai muktamad. Pendaftaran akaun e-PCB boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal https://mytax.hasil.gov.my.

Kalkulator PCB merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memudahkan pembayar cukai membuat kiraan potongan cukai bulanan untuk tempoh setahun PCB membolehkan cukai dipotong secara berkala.
Login e-PCB: Cara Pengiraan & Kalkulator PCB 2025 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang sistem e-PCB termasuk memaparkan cara daftar, log masuk dan semakan PCB :
Apa Itu e-PCB?
e-PCB merupakan sistem yang dibangunkan oleh LHDN untuk kegunaan majikan membuat pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB). Sistem ini disediakan untuk majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk mengira dan menyemak PCB. Selain itu, e-PCB turut menyediakan pilihan bayaran PCB secara dalam talian melalui FPX selain kaunter bayaran LHDNM.
Syarat Potongan PCB
Sebelum ini, individu yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi RM25,501 atau RM2,125 bagi setiap bulan (selepas potongan KWSP) harus memfailkan cukai pendapatan.
Bermula tahun 2015, cukai pendapatan telah ditetapkan kepada RM34,000 bagi setahun.
Senarai Jenis Pendapatan Yang Dikenakan PCB
Pendapatan berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan selain manfaat berupa barangan. Contoh gaji, upah, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, tip, bonus/insentif, perkuisit, ganjaran, pampasan kerana kehilangan pekerjaan dan lain-lain.
Cara Daftar Akaun e-PCB Online
1. Pendaftaran e-PCB boleh dibuat dengan melayari portal https://mytax.hasil.gov.my/
2. Klik pada bahagian “e-PCB”.
3. Pengguna perlu klik pada bahagian “Pengguna Baru”.
4. Pengguna perlu mengisi butiran maklumat pendaftaran majikan dengan lengkap dan betul.
5. Kemudian, klik pada butang “Hantar”.
NOTA: Sila semak emel selepas pendaftaran akaun pengguna dan klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.
Log Masuk Akaun e-PCB
1. Log masuk akaun ke pautan https://ekls.hasil.gov.my/
2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan majikan sepertimana yang telah didaftarkan.
3. Pengguna mestilah memasukkan kod keselamatan seperti yang dipaparkan.
4. Akhir sekali, klik pada butang “Hantar”.
Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan
1. Sila daftar akaun e-CP39 menerusi portal https://ecp39.hasil.gov.my/login
2. Klik pada “Pendaftaran Kali Pertama”.
3. Masukkan nombor rujukan majikan pada ruangan yang disediakan.
4. Klik pada butang “Semak”.
5. Majikan perlu mengisi data maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
6. Klik pada butang “Hantar”.
7. Buka emel anda dan klik pada butang “Sahkan Alamat Emel” untuk mengesahkan pendaftaran ECP39.
8. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah bagi mengaktifkan akaun ECP39.
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Hasil Careline di talian 03 8911 1000.
BACA JUGA: Permohonan No Pin e-Filing