Permohonan No Pin e-Filing LHDN & Login ezHASiL Kali Pertama Online. Nak login ezHASiL tapi tak tahu caranya? Panduan buat anda yang bakal membayar cukai pendapatan buat kali pertama. Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ringkasnya LHDN adalah satu organisasi yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan cara pengumpulan cukai serta penggunaan kutipan wang cukai. Jadi, bagi rakyat Malaysia yang ingin menjadi pembayar cukai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai, anda perlu menggunakan aplikasi ezHasil secara atas talian (online).

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui ezHasil adalah dengan mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran dan dihantar secara atas talian oleh pembayar cukai dengan menggunakan sistem e-Filing LHDN.
Permohonan No Pin e-Filing LHDN & Login ezHASiL Kali Pertama Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang login ezHASiL LHDN termasuk memaparkan cara daftar dan mohon nombor pin e-Filing :
Fungsi ezHASiL
Fungsi ezHASiL adalah untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran dan dihantar secara online oleh pembayar cukai dengan menggunakan sistem aplikasi e-Filing.
Apa Itu e-Filing LHDN
e-Filing merupakan satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui internet.
Cara Daftar & Permohonan No Pin e-Filing LHDN
A. Permohonan No. PIN (bagi Pembayar Cukai Individu)
Permohonan No. PIN individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
B. Permohonan No. PIN e-Filing Organisasi
Permohonan No. PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat dengan menghadiri cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH) dengan mengemukakan beberapa dokumen semasa memohon :
a. Borang CP55B yang lengkap diisi.
b. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
c. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
d. Salinan kad pengenalan/passport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.
e. Permohonan melalui pihak ketiga dibenarkan dengan syarat ada kebenaran bertulis dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat berserta salinan pengenalan diri Wakil Syarikat.
Dokumen lain yang diperlukan:
- Salinan Borang 49 jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
- Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat (jika Borang CP55B ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat).
Cara Login ezHASiL Kali Pertama
Setelah mendapatkan nombor PIN melalui mana-mana kaunter atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan. Pengguna boleh terus ke aplikasi ezHASiL untuk daftar buat kali pertama :
1. Pada skrin Log Masuk, klik pautan Login Kali Pertama. Skrin Langkah 1, bagi Login Kali Pertama akan dipaparkan.

2. Masukkan No.PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin Langkah 2 bagi Login Kali Pertama seperti di bawah.

3. Isikan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Setuju. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin Langkah 3, seperti di bawah.

4. Klik butang Hantar untuk teruskan tindakan Login Kali Pertama. Sistem ezHASiL akan memaparkan mesej seperti di bawah, jika berjaya.
5. Klik butang Hantar untuk teruskan tindakan Login Kali Pertama. Sistem ezHASiL akan memaparkan mesej seperti di bawah, jika berjaya.
6. Klik pautan sini, untuk meneruskan Log Masuk.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang ezHASiL sila rujuk seperti di bawah;
- Telefon : 1-800-88-5436
- Twitter : @LHDNMOfficial
- Facebook: Laman Facebook Rasmi LHDN
- Portal Rasmi: Laman Web Rasmi LHDN
BACA JUGA: Cara Kira Potongan PCB