Contoh Surat Rayuan Kemasukan ke MRSM

Contoh Surat Rayuan Kemasukan ke MRSM. Panduan buat lepasan UPSR dan PT3 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM ambilan 2019. Bagi yang gagal, anda tidak perlu kecewa dimana anda boleh membuat permohonan rayuan MRSM. Untuk makluman, semakan keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 sesi 2019 boleh dilakukan secara dalam talian pada 21 Disember 2018. Manakala bagi Tingkatan Empat dijangka pada bulan Januari 2019. Berikut adalah contoh surat rasmi permohonan rayuan MRSM buat panduan pelajar.

Contoh Surat Rayuan Kemasukan ke MRSM

Contoh Surat Rayuan Kemasukan ke MRSM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan format dan contoh surat rasmi permohonan rayuan MRSM:

Abdul Sahar Bin Bukhori

B-5 Blok A, Taman Semarak

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

___________________________________________

Pengarah

Bahagian Pendidikan Menengah

Majlis Amanah Rakyat

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

Per: Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2019

Merujuk kepada perkara diatas, saya waris kepada Mohd. Farhan bin Abdul Sahar ingin membuat permohonan rayuan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2019.

2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2018 , bahawa anak saya telah memperolehi keputusan cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua matapelajaran yang ditawarkan. Malah anak saya juga seorang yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan banyak melibatkan diri dalam program kebajikan.

3. Berikut adalah butiran mengenai anak saya seperti dinyatakan dibawah:

Nama Pemohon: Mohd. Farhan bin Abdul Sahar

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor

No. Kad Pengenalan: 996509-02-5632

No. Angka Giliran UPSR: MA1965747

4. Sebagai waris diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan anak saya ini seterusnya memberi peluang kepada anak saya untuk ditempatkan di Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2019.

5. Jasa baik dan pertimbangan wajar pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………….

(ABDUL SAHAR BIN BUKHORI)

Semoga perkongsian tentang Contoh Surat Rayuan Kemasukan ke MRSM dapat dijadikan panduan buat calon. Selamat membuat permohonan rayuan dan moga berjaya ditawarkan penempatan di Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2019.

Leave a Reply

%d bloggers like this: