Kategori Permohonan UPU Bagi Lepasan SPM/ STPM 2019-2020. Adakah anda lepasan SPM atau STPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Asasi, Diploma atau Ijazah di Universiti Awam? Untuk makluman, Permohonan UPU sesi akademik 2019-2020 dijangka buka permohonan pada bulan Februari 2019. Tahun 2018, permohonan UPU dibuka pada 5 Februari 2018. Bagi pelajar yang berkelayakan boleh mengemukakan Permohonan UPUOnline 2019-2020 secara atas talian (online) menerusi portal rasmi UPU. Berikut adalah kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM 2019-2020
Berikut adalah maklumat mengenai senarai kategori permohonan UPUOnline sesi akademik 2019-2020 mengikut kelayakan kelulusan akademik pelajar masing-masing :
KATEGORI PERMOHONAN LEPASAN SPM/ SETARAF
Senarai kategori pemohonan bagi lepasan SPM/ setaraf adalah seperti berikut :
○ Kategori A
Untuk Kategori A bagi calon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa (tahun 2018) sahaja.
○ Kategori B
Untuk Kategori B pula bagi calon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa (tahun 2017 & 2016).
KATEGORI PEMOHONAN LEPASAN STPM/ SETARAF
Senarai kategori pemohonan bagi lepasan STPM/ setaraf sesi 2019-2020 adalah seperti berikut :
i. Lepasan STPM/ Setaraf
○ Kategori A
Pemohon Lepasan STPM Tahun 2018 Aliran Sastera
○ Kategori S
Pemohon Lepasan STPM Tahun 2018 Aliran Sains
ii. Lepasan STAM
○ Kategori T (Lepasan STAM)
Untuk kategori T bagi pelajar lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.
iii. Lepasan Matrikulasi KPM/ MASUM/ Asasi UiTM
○ Kategori N
Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, MASUM dan Asasi UiTM.
○ Kategori P
Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
○ Kategori U
Aliran Undang-undang Calon Asasi UiTM.
○ Kategori K
Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
○ Kategori L
Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
○ Kategori J
Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
iv. Lepasan Diploma/ Setaraf
○ Kategori E
Pemohon lepasan Diploma/ Setaraf Aliran Sastera
○ Kategori F
Pemohon Lepasan Diploma/ Setaraf Aliran Sains
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Permohonan UPUOnline sesi akademik 2019-2020 boleh hubungi no Hotline UPU di talian 03- 88708200 atau layari ke portal web rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.
Semoga perkongsian ini tentang kategori permohonan UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf dapat memudahkan pemohon untuk membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2019-2020. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat ke universiti di seluruh Malaysia.
Kalau gu na spm2014 boleh tak