Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2024 Bahasa Jepun (PDPP)

Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2024 Bahasa Jepun (PDPP). Anda ingin mengikuti pengajian Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jepun. Untuk makluman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Ijazah Sarjana Muda
yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ambilan Jun 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 5 Mac sehingga 17 Mac 2020 di laman sesawang KPM.

Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2023 Bahasa Jepun (PDPP)

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan atau ringkasnya PDPP adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di Sekolah Menengah (Mod Sepenuh Masa). Pemohon dikehendaki mengikuti PDPP selama (1 tahun / 3 semester) di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2024 Bahasa Jepun (PDPP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : –

Syarat Kelayakan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun

A. Syarat Asas

i. Warganegara Malaysia;
ii. Sihat fizikal dan mental;
iii. Aktif ko-kurikulum;
iv. Umur tidak lebih 35 tahun pada 30 Jun 2020.

B. Syarat Akademik

i. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA);

ii. Memperoleh CGPA 3.00 dan ke atas atau memiliki pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan;

iii. Memiliki kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT);

iv. Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

C. Syarat Tambahan

i. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti di Negara Jepun/tempatan yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

ii. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi tempatan dan luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat http://www2.mqa.gov.my/mqr atau
http://www2.mqa.gov.my/esisraf.

Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2020 Bahasa Jepun (PDPP)
Sumber Foto : KPM

Cara Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Online

a. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang https://pismp.moe.gov.my/myumum mulai 5 Mac 2020.

b. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

c. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang rasmi KPM https://pismp.moe.gov.my/myumum bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temuduga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Nota :

i. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

ii. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal
Pelajar)
No. Tel : 03-8312 6720 / 6730 / 6768 / 6627 / 6758 / 6693 / 6733 / 6731 / 6769 / 6761 / 6689 / 6760 / 6678

BACA JUGA: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Leave a Reply