Login myUTeM: Jadual Akademik, Kehadiran Harian & Keputusan Peperiksaan. Nak log masuk aplikasi myUTeM? Panduan buat pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Untuk makluman, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyediakan satu platform online iaitu myUTeM merupakan aplikasi yang menyediakan pelbagai fungsi merangkumi kehadiran harian, jadual akademik, pembayaran saman dan semakan keputusan peperiksaan. Sebelum itu, anda perlu membuat pendaftaran akaun myUTeM untuk mengakses dan mendapatkan maklumat terkini.
Login myUTeM: Jadual Akademik, Kehadiran Harian & Keputusan Peperiksaan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang aplikasi myUTeM termasuk memaparkan fungsi dan cara daftar :
Apa Itu myUTeM?
myUTeM merupakan aplikasi pintar rasmi Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang telah dibangunkan oleh Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi UTeM. Ia telah digunakan sepenuhnya untuk platform Android dan iOS.
Aplikasi ini dapat memudahkan pelbagai urusan untuk staf dan pelajar seperti kehadiran harian, semakan serta pembayaran saman/ denda, kehadiran ke majlis rasmi universiti, kalendar akademik, paparan markah kerja kursus dan keputusan pelajar serta pelbagai modul lain.
Senarai Fungsi Aplikasi myUTeM
Antara beberapa fungsi yang disediakan dalam aplikasi myUTeM adalah seperti berikut :
STAF
- Maklumat Staf
- Perakam Waktu
- Log Kehadiran
- Kehadiran Majlis Rasmi UTeM
- Aduan Pengguna
PELAJAR
- Maklumat Pelajar
- Kehadiran Kuliah
- Aktiviti Pelajar
- Aduan Pengguna
- Pilihanraya Pelajar
- Keputusan Peperiksaan
- Hutang Pelajar
- Rekod Kehadiran Kuliah
Cara Daftar dan Login Aplikasi myUTeM
1. Sila layari ke laman web https://portal.utem.edu.my/iutem/login.asp
2. Buat pendaftaran baharu.
3. Log masuk selepas pendaftaran berjaya.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi di talian +606 270 1000 atau e-mel di pppk@utem.edu.my.