Permohonan UTEM 2023 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Second Intake). Berminat melanjutkan pengajian ke UTEM? Panduan buat pelajar lepasan STPM, Diploma dan Asasi yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Untuk makluman, pihak UTEM menawarkan program Ijazah Sarjana Muda untuk kemasukan UTEM sesi Mac 2023 bagi Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/Diploma/ termasuk dari Lepasan DVM (Kolej Vokasional)/ Setaraf. Permohonan ini dibuka pada 4 Januari hingga 24 Januari 2023 menerusi laman web UTEM www.utem.edu.my.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau singkatannya UTEM adalah sebuah universiti yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Act 30). UTeM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Universiti Awam yang ke-14 di Malaysia. UTeM menawarkan program-program pengajian di peringkat diploma, ijazah, sarjana dan doktor falsafah dalam pelbagai bidang antaranya iaitu kejuruteraan, ICT, pengurusan teknologi dan teknousahawan serta teknologi kejuruteraan.
Permohonan UTEM 2023 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Second Intake)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan UTEM termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 4 Januari – 24 Januari 2023
Syarat Kemasukan ke UTEM 2023
Antara syarat-syarat kemasukan ke UTEM adalah seperti berikut :
a. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi dan Diploma yang berkaitan daripada Universiti Awam/ Politeknik.
b. Sekurang-kurangnya Band 2 dalam peperiksaan MUET.
Senarai Program yang Ditawarkan UTEM 2023
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
i. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan Kepujian
ii. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian
Fakulti Kejuruteraan Elektronik
i. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
i. Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
i. Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer) Dengan Kepujian
ii. Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data) Dengan Kepujian
iii. Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) Dengan Kepujian
Kelebihan Belajar Di UTeM
- IPTA Teknikal Awam Berfokus
- Kebolehpasaran graduan yang tinggi
- Pembelajaran berkonsepkan Teaching Factory
- Program Pensijilan Profesional
- Pensyarah yang berpengalaman industri
- Kurikulum semasa yang menepati kehendak industri
- Kemudahan makmal terkini untuk pembelajaran dan penyelidikan
- Pendedahan kepada industri dalam tempoh latihan ilmiah 10 – 20 minggu

Cara Mohon UTEM Mac 2023 Online
Bagi anda yang berminat dan berkelayakan hendaklah membuat permohonan kemasukan ke UTEM secara online di laman web https://www.utem.edu.my/en/local-student.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :
- Fakulti Kejuruteraan Pembuatan: 06 2702658/2604
- Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan: 06 2704092/1906
- Bahagian Pengurusan Akademik: 06 2701207/1964
BACA JUGA : Senarai Universiti Awam Pengambilan Kedua