Syarat Kemasukan UTeM 2025 Lepasan SPM/ STPM

Syarat Kemasukan UTeM 2025 Lepasan SPM/ STPM. Berminat menyambung pengajian di UTeM? Panduan buat pelajar lepasan SPM, Matrikulasi, STPM dan Diploma/ Setaraf yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun 2025. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UTeM bagi program Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana untuk kemasukan Februari 2025 boleh dibuat terus ke laman portal UTeM.

Syarat Kemasukan UTeM 2023 Lepasan SPM/ STPM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia merupakan salah satu Universiti Awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Jalan Hang Tuah Jaya, Melaka. UTeM juga merupakan universiti teknikal pertama yang diwujudkan di Malaysia.

Syarat Kemasukan UTeM 2025 Lepasan SPM/ STPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Minimum Kemasukan UTeM Lepasan SPM/ Setaraf

Diploma Kejuruteraan Elektrik/ Elektronik

i. Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian (Gred C) dalam setiap mata pelajaran seperti Mathematics, Additional Mathematics, Physics; dan salah satu (1) daripada mata pelajaran seperti Chemistry, Biology, Science, Additional Science, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni Visual / Reka Cipta
ii. Lulus sekurang-kurangnya (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris;
iii. Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal/ Diploma Kejuruteraan Pembuatan

i. Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian (Gred C) dalam setiap mata pelajaran seperti Mathematics, Additional Mathematics, Physics; dan salah satu (1) daripada mata pelajaran seperti Chemistry, Biology, Science, Additional Science, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni Visual / Reka Cipta
ii. Lulus sekurang-kurangnya (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris;
iii. Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

Diploma Teknologi Maklumat & Komunikasi

i. Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat kepujian (Gred C) dalam matapelajaran Mathematics dan TIGA (3) kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran iaitu Additional Mathematics, Physics, Chemistry, Biology, Science/ Additional Science, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan, Kimpalan Arka dan Gas, Lukisan Kejuruteraan, Information and Communication Technology, Grafik Berkomputer, Produksi Multimedia, Ekonomi Asas/ Perdagangan/ Prinsip Perakaunan/ Reka Cipta, Tasawwur Islam/ Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/ Geografi/ Sejarah/ Pendidikan Seni Visual;
ii. Lulus sekurang-kurangnya (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris;
iii. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian/ Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan Kepujian

i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam setiap matapelajaran berikut Mathematics (M) / Mathematics (T), Physics, Chemistry
atau Mathematics (M) / Mathematics (T), Chemistry, Biology dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred 4B/B) dalam mata pelajaran Physics diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian

i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam setiap matapelajaran berikut Mathematics (M) / Mathematics (T), Physics, Chemistry
atau Mathematics (M) / Mathematics (T), Chemistry, Biology dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred 4B/B) dalam mata pelajaran Physics diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang syarat kemasukan ke UTeM boleh terus ke laman https://www.utem.edu.my/entry-requirement.html

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan ke UTeM, sila hubungi ;

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.

No. Faks: +606 270 1000
No. Tel: +606 270 1022
Laman Web: https://www.utem.edu.my/

BACA JUGA: Permohonan Kemasukan ke UTeM

2 Comments

  1. K S.Vasumathi Subramaniam October 31, 2022

Leave a Reply