Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU 2024-25 BSN (Tarikh)

Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU 2024-25 BSN (Tarikh). Bilakah tarikh pembelian nombor pin UPU sesi akademik 2024 dibuka? Panduan buat calon yang ingin membuat permohonan UPU ke UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti & ILKA sesi 2022/2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Universiti Awam sesi akademik 2022/2023 akan dibuka bermula pada 4 Februari sehingga 31 Mac 2022. Bagi anda yang berminat ke Universiti Awam dan ILKA tidak perlu membuat pembelian nombor pin UPU untuk kemasukan sesi 2022.

Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU 2024-25 BSN (Tarikh)

Calon boleh membuat pembelian no pin UPU dengan dua cara iaitu melalui kaunter BSN atau menerusi mesin ATM BSN. Seperti tahun lepas, harga no pin UPU sesi baharu adalah berjumlah RM15.60 seunit.

Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU 2024-25 BSN (Tarikh)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pembelian nombor pin unik UPU termasuk memaparkan senarai kategori dan cara beli :

TERKINI: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju untuk menangggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ Unik ID kepada semua pemohon lepasan SPM, STPM/ Setaraf, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma/ Setaraf bagi sesi akademik 2022/2023.

A. Beli No Pin UPU di Kaunter BSN

Untuk pembelian nombor pin UPU cara ini, calon boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan isikan maklumat permohonan dengan lengkap mengikut kategori masing-masing. Pemohon perlu menyediakan wang tunai berjumlah RM15.60 untuk proses pembayaran no pin unik.

Setelah mengisi maklumat, anda hendaklah menunggu giliran dan ke kaunter BSN untuk proses pembayaran dan penerimaan nombor pin UPU. Pastikan simpan nombor PIN UPU anda sebaik-baiknya untuk membuat permohonan UPU secara dalam talian.

B. Beli No Pin UPU di Mesin ATM BSN

Selain pembelian di kaunter, calon juga boleh membeli no pin UPU di mesin ATM Bank Simpanan Nasional :

1. Masukkan Kad BSN dan nombor PIN anda.

2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin’

3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’

4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM” (rujuk anda lepasan apa)

5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau MyKad anda.

6. ‘YA’ untuk meneruskan urusan transaksi.

7. Semak Maklumat.

8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan

9. Resit perlu dicetak untuk rujukan.

Semak Syarat Kelayakan UPU Kemasukan UA

Bagi calon yang ingin membuat permohonan UPU sila semak syarat kelayakan bidang-bidang pengajian di institusi yang dikehendaki menerusi portal https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/index.php

Cara Permohonan UPUOnline Kemasukan ke UA 2024

Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan UPU kemasukan ke Universiti Awam secara online di laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my

BACA JUGA: Permohonan UPUOnline 2024 Kemasukan UA/IPTA

Leave a Reply

%d bloggers like this: