Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 Online (Lepasan UPSR)

Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 Online (Lepasan UPSR). Panduan buat pelajar lepasan UPSR 2018 yang ingin memohon biasiswa atau bantuan pelajaran. Untuk makluman, kini anda dipelawa untuk membuat permohonan program biasiswa Peneraju Tunas Geliga yang telah dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 23 Disember 2018. Program biasiswa ini terbuka kepada murid lepasan UPSR 2018 yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah (RM4,000 ke bawah) dan dari latarbelakang yang mencabar.

Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 Bagi Lepasan UPSR

Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga terbuka kepada semua murid lepasan UPSR 2020 yang berpotensi dan dari latarbelakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang lebih cemerlang. Tawaran ini hanya dibuka kepada murid lepasan UPSR Tahun 2020 yang berminat untuk melanjutan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi kemasukan Tahun 2021 sahaja.

Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 Online (Lepasan UPSR)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang biasiswa Peneraju Tunas Geliga termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bentuk tajaan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga adalah seperti berikut :

1. Bumiputera warganegara Malaysia.

2. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.

3. Keputusan UPSR 2018 sekurang-kurangnya ;

i. 4A Semenanjung

ii. 3A Sabah dan Sarawak

* A untuk subjek Sains dan Matematik

4. Aktif dalam kokurikulum

5. Telah membuat permohonan penempatan di SBP atau MRSM bagi kemasukan tahun 2019

Bentuk Tajaan

i. Yuran sekolah dan asrama

ii. Elaun sara diri dan keperluan sekolah

iii. Program Pemupukan dan Pembangunan murid

Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2018 Bagi Lepasan UPSR

Cara Mohon Biasiswa Peneraju Tunas Geliga Online

1. Permohonan dijalankan secara dalam talian (online) melalui laman sesawang www.yayasanpeneraju.com.my dengan merujuk bahagian “Permohonan Dibuka”.

2. Ibu bapa atau penjaga digalakkan mengisi selengkapnya permohonan bagi mengelakkan sebarang ralat semasa menghantar permohonan tersebut. Penggunaan.

3. Satu emel adalah terhad kepada satu (1) permohonan sahaja.

4. Pihak guru juga boleh menghantar permohonan melalui daftar akaun guru dan bilangan

5. Permohonan yang boleh dihantar melalui akaun guru adalah tidak terhad.

Nota :

i. Hanya calon yang berjaya DISENARAIPENDEK sahaja akan dihubungi untuk menghadiri sesi temuduga.

ii. Keputusan calon yang layak ditemuduga akan dimaklumkan selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk dapatkan maklumat tentang permohonan biasiswa ini boleh klik SINI.

Sebarang persoalan lanjut daripada pihak Tuan/Puan mengenai Peneraju Tunas Geliga 7 (2018) boleh dikemukakan kepada pihak Yayasan Peneraju melalui:-

  • Emel : penerajutunas@yayasanpeneraju.com.my
  • Laman Sesawang : www.yayasanpeneraju.com.my
  • Telefon : 03-2727 9000 atau 03-27279010
  • Facebook : Yayasan Peneraju

Leave a Reply