Permohonan Asrama Malaysia 2020 (AMal) Online

Permohonan Asrama Malaysia 2020 (AMal) Online. Adakah anda murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga? Panduan pemohon yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Program Asrama Malaysia (AMal) KPM tahun 2020. Untuk makluman menerusi portal web Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan kemasukan murid ke Program Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2019 boleh dibuat secara online pada bulan November/ Disember 2018.

Permohonan Asrama Malaysia (AMal) 2019 Online

Untuk pengetahuan, permohonan ini dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2018 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara dan kepada semua murid Tingkatan 3 tahun 2018 yang bersekolah di semua sekolah menengah di seluruh negara.

Permohonan Asrama Malaysia 2020 (AMal) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Asrama Malaysia (AMal) termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai sekolah dan aplikasi permohonan :

Tarikh tutup :

i. Bagi Tingkatan 1: 30 November 2018

ii. Bagi Tingkatan 4: 29 Disember 2018

Aplikasi Permohonan : https://www.moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian

Senarai Sekolah Asrama Malaysia

Murid-murid  yang terpilih ke Asrama Malaysia akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

AMal Kuala Lumpur

Victoria Institution, Kuala Lumpur

Lelaki Sahaja

AMal Johor

Smk (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Perempuan Sahaja

AMal Sabah

Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

Lelaki & Perempuan

AMal Sarawak

Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri, Sarawak

Lelaki & Perempuan

Syarat Permohonan Kemasukan ke Program Asrama Malaysia

1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.

2. Terbuka kepada semua kaum.

3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.

4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.

5. Sekiranya Murid AMAL keluar daripada Program Asrama 1Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan dikeluarkan daripada sekolah AMAL sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program AMal KPM.

6. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Sijil lahir / Kad pengenalan  pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).

ii. Keputusan UPSR  bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).

iii. Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain.

iv. Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh  Suruhanjaya  Sumpah / Ketua Kampung  atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji.

v. Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal.

vi. Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai

Cara Permohonan Asrama Malaysia (AMal) 2019 Online

1. Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

2. Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.

3. Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Asrama Malaysia (AMal).

4. Permohonan bagi murid semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid adalah bawah tanggungan sendiri.

5. Pemohon perlu mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Pengetua atau Pentadbir sekolah semasa pemohon sebelum menghantar borang permohonan.

6. Pentadbir perlu memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.

7. Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2019 melalui saluran berikut :

a. Melalui Sekolah Semasa

Pemohon hantar kepada pihak sekolah, pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya

b. Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal)

Pemohon menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan kepada:

– Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau

– SMK (P)  Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau

– Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau

– Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

c. Kementerian Pendidikan Malaysia

Pemohon menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada :

Unit Pengurusan Asrama Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Aras 4, Blok E2, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Semoga anda berjaya ditawarkan pengajian dalam Program Asrama Malaysia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: