Pendaftaran Peperiksaan Ulangan STPM 2024 Online (Semua Semester). Nak daftar peperiksaan ulangan STPM tahun 2024? Panduan buat pelajar Tingkatan Enam yang telah menyemak keputusan Peperiksaan Semester 1, Semester 2 dan Semester 3 STPM tahun 2024. Untuk makluman, pendaftaran peperiksaan ulangan Semester 1 STPM 2024 akan dibuka bermula daripada 27 Mei hingga 28 Jun 2024. Pendaftaran ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang MPM http://online.mpm.edu.my.
Sehubungan itu, calon perlu membeli Nombor Pin MEC dahulu di Bank Simpanan Nasional dengan RM50.00 bagi satu mata pelajaran. Slip no pin yang telah dibayar perlulah disimpan dan diberikan satu salinan kepada penyelaras ulangan STPM di pusat tingkatan 6 masing-masing. Sila pastikan anda mendaftar mata pelajaran yang betul dan membeli no pin bagi mengelakkan masalah semasa peperiksaan nanti.
Pendaftaran Peperiksaan Ulangan STPM 2024 Online (Semua Semester)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran peperiksaan Ulangan STPM termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan :
Tarikh Daftar Peperiksaan Ulangan STPM 2024
- Ulangan Semester 1 STPM 2024: 27 Mei – 28 Jun 2024
- Ulangan Semester 2 STPM 2024: 15 Oktober – 27 Oktober 2024
Cara Daftar Peperiksaan Ulangan STPM 2024
Panduan ini mengandungi panduan pendaftaran untuk menduduki peperiksaan ulangan STPM bagi calon yang berikut :
A. Calon Sekolah/Institusi (termasuk sekolah swasta)
● Langkah 1 : Calon mendapatkan No. PIN MEC dari cawangan BSN berhampiran mengikut kadar bayaran yang berikut:
a. 1 Kertas RM50.00
b. 2 Kertas RM100.00
c. 3 Kertas RM150.00
d. 4 Kertas RM200.00
e. 5 Kertas RM250.00
Nota: Setiap calon hanya boleh menggunakan satu No. PIN MEC sahaja bagi membuat pendaftaran melalui sistem ini. Penggunaan No. PIN MEC kedua walaupun telah dibeli dari BSN bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.
● Langkah 2 : Calon menyerahkan No. PIN MEC kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) dan memaklumkan kod kertas peperiksaan ulangan yang hendak diduduki.
● Langkah 3 : SUP menerima N0. PIN MEC dan maklumat kod kertas peperiksaan ulangan yang hendak diduduki daripada calon (klik borang untuk dilengkapkan oleh calon dan dikembalikan kepada SUP).
● Langkah 4 : SUP login ke URL http://online.mpm.edu.my untuk mendaftarkan calon yang ingin menduduki peperiksaan ulangan mengikut maklumat bilangan kertas yang diberikan (menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sama dengan yang digunakan semasa pendaftaran STPM).
● Langkah 5 : SUP mencetak Slip Pendaftaran sebagai bukti pembayaran.
● Langkah 6 : SUP/Calon menyemak dan mencetak slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) untuk peperiksaan ulangan dari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my (tarikh penyemakan LPKC untuk peperiksaan ulangan STPM boleh dirujuk di portal MPM).
● Langkah 7 : SUP/Calon mencetak LPKC untuk peperiksaan ulangan STPM sebagai tiket untuk menduduki peperiksaan.
B. Calon Persendirian Individu
● Langkah 1 : Calon mendapatkan No. PIN MEC dari cawangan BSN berhampiran mengikut kadar bayaran yang berikut:
a. 1 Kertas RM50.00
b. 2 Kertas RM100.00
c. 3 Kertas RM150.00
d. 4 Kertas RM200.00
e. 5 Kertas RM250.00
Nota: Setiap calon hanya boleh menggunakan satu No. PIN MEC sahaja bagi membuat pendaftaran melalui sistem ini. Penggunaan No. PIN MEC kedua walaupun telah dibeli dari BSN bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.
● Langkah 2 : Calon perlu login ke pautan http://online.mpm.edu.my untuk mendaftarkan kertas peperiksaan ulangan STPM yang ingin diduduki.
● Langkah 3 : Calon mencetak Slip Pendaftaran sebagai bukti pembayaran.
● Langkah 4 : Calon menyemak dan mencetak slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) untuk peperiksaan ulangan dari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my (tarikh penyemakan LPKC untuk peperiksaan ulangan STPM boleh dirujuk di portal MPM).
● Langkah 5 : Calon mencetak LPKC untuk peperiksaan ulangan STPM sebagai tiket untuk menduduki peperiksaan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.