Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 (Sesi Januari)

Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 (Sesi Januari). Panduan buat lepasan SPM dan SKM yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC). Untuk makluman, permohonan kemasukan ADTEC Shah Alam sesi Januari boleh dibuat secara online di Sistem Permohonan Kemasukan ke ILJTM. Pengambilan pelajar baru ke Diploma Sepenuh Masa ADTEC Shah Alam akan dibuka dua kali setahun iaitu bulan Januari dan Julai. Pusat Latihan Teknologi Tinggi atau ringkasnya ADTEC adalah salah satu institusi daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain ditawarkan di JMTI dan ILP.

Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 (Sesi Januari)

Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 (Sesi Januari)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke ADTEC Shah Alam 2020 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi memohon :

Syarat Kemasukan ADTEC Shah Alam 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat-syarat kemasukan am dan akademik Institut Latihan Perindustrian :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)
  3. Boleh membaca, menulis & mengira
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 (Sesi Januari)

Cara Permohonan ADTEC Shah Alam (Tawaran Diploma) Online

i. Bagi anda yang berminat boleh buat permohonan terus di laman web http://apps.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/. Muat turun borang permohonan di www.adtecsa.gov.my atau permohonan online di www.jtm.gov.my. Tarikh tutup permohonan pada 25 November 2019.

ii. Borang permohonan perlu dihantar ke ;

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) SHAH ALAM,
LOT 5934-1, JALAN BUKIT KEMUNING, SEKSYEN 32,
40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 (Sesi Januari)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi ;

HUBUNGI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP) DI TALIAN 03-51612622 SAMB. 133 (PN. HANI) / 134 (PN. ZUBAIDAH)/135 (PN. HAIDA).

Tahniah kepada pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke ADTEC Shah Alam sesi Januari 2020.

Sumber : adtecsa

Leave a Reply

%d bloggers like this: