Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semak Status)

Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semak Status). Perhatian buat pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa. Untuk makluman, kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan satu bantuan pelajaran iaitu iBita Pulau Pinang khususnya kepada pelajar negeri itu yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula daripada 1 September hingga 30 September 2023 menerusi portal iBita Penang.

Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semak Status)

Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi atau iBita bagi anak-anak negeri tersebut bagi sesi kemasukan pengajian akan datang. Matlamat pemberian bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarga pelajar khususnya dalam kalangan keluarga B40 untuk menanggung kemasukan anak mereka ke IPT.

Permohonan iBita Pulau Pinang 2024 Online (Semak Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang iBita Pulau Pinang termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :

Tarikh Permohonan: 1 September – 30 September 2023

Syarat Kelayakan iBita Pulau Pinang 2024

Antara syarat-syarat kelayakan iBita Pulau Pinang adalah seperti berikut :

  1. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman web http://ibita.penang.gov.my/.
  2. Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja).
  3. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  4. Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
  6. Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA:
    6.1 Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://ibita.penang.gov.my/)
    6.2 Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik
    6.3 Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran
    6.4 Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    6.5 Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
    6.6 Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
    6.7 Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).
    6.8 Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
    **Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh YB KADUN/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu/ yang setaraf dengannya.
  7. Proses rayuan permohonan hanya perlu dilakukan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah sahaja mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan.
  8. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran akan ditolak.

Kadar Bantuan iBita Pulau Pinang

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh pemohon adalah :

  1. Universiti di Semenanjung = RM1,000
  2. Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200
  3. Politeknik Malaysia = RM300

Cara Mohon iBita Pulau Pinang 2024 Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ibita.penang.gov.my/public/index.php

2. Pemohon/ ibu bapa atau penjaga boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.

Semakan Status iBita Pulau Pinang 2024

Semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi portal https://ibita.penang.gov.my/protected/status.php

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di laman web IBITA.

Leave a Reply