Permohonan Akademi Laut Malaysia 2025 Online Pengambilan Kadet (ALAM). Anda berminat kerjaya di laut? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Akademi Laut Malaysia (ALAM). Untuk makluman, permohonan kemasukan ALAM ambilan 2025 bagi program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin di Akademi Laut Malaysia bakal dibuka secara online pada bulan Februari 2024.

Akademi Laut Malaysia atau ringkasnya ALAM adalah merupakan sebuah akademi latihan maritim Malaysia yang melahirkan 90% daripada pelaut negara ini. Kampus utama dan tempat training terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka.
Permohonan Akademi Laut Malaysia 2025 Online Pengambilan Kadet (ALAM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Akademi Laut Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : akan dikemaskini
Syarat Kemasukan Akademi Laut Malaysia 2025
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan ALAM adalah seperti berikut:
1. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya C atau kredit yang baik 5 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu samada Matematik
Tambahan, Kimia atau Biologi.
2. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia tidak melebihi 25 tahun.
3. Sihat dari segi fizikal dan mental.
4. Tidak rabun warna.
5. Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual.

Cara Permohonan ALAM 2025 Online
- Pemohon perlu layari laman web rasmi ALAM https://www.alam.edu.my/
- Untuk pemohonan baru, anda perlu daftar pada butang ‘Register Now’.
- Login ke portal dan anda perlu mengisi Cadetship Application Form.
- Lengkapkan pada bahagian My Qualification dan tekan pada butang Submit.
Nota : Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temuduga dan ujian bertulis.
Sebarang pertanyaan tentang kemasukan ALAM, sila hubungi di:
Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200 Kuala Sungai Baru
Melaka
No. Tel: 06 – 3882200
Web: https://www.alam.edu.my/