Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2024 Online (Tarikh Pendaftaran)

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2024 Online (Tarikh Pendaftaran). Bilakah tarikh kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Satu? Panduan buat pelajar Tahun Enam yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP ambilan 2024. Untuk makluman menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan tawaran SBP Tingkatan 1 sesi 2024 boleh disemak secara online di laman web rasmi KPM. Keputusan pemilihan dan penempatan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan Satu diumumkan pada 1 Mac 2024. Manakala, keputusan kemasukan MRSM bagi Tingkatan Satu pula diumumkan pada 7 Mac 2023.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2024 Online

Tahniah diucapkan kepada calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh ambilan baharu. Bagi pelajar yang gagal boleh mengemukakan permohonan e-Rayuan SBP yang akan dibuka sejurus keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2024 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan SBP Tingkatan 1 termasuk memaparkan tarikh semakan, aplikasi online dan permohonan e-rayuan SBP :

○ Tarikh Semakan : 1 Mac 2024

Cara Semak Keputusan SBP Tingkatan 1 2024 Online

  1. Keputusan tawaran kemasukan Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh boleh disemak secara online melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
  2. Masukkan nombor angka giliran dan klik butang Semakan.

Permohonan Rayuan SBP Tingkatan 1 2024 Online

Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi ‘Tidak Berjaya’ dan calon yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon. e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.

  1. Masuk ke laman sesawang rasmi melalui www.moe.gov.my/
  2. Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
  3. Masukkan angka giliran UPSR/PT3.
  4. Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  5. Klik pada e-rayuan.
  6. Hantar.

NOTA:

i. Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.

ii. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.

iii. Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.

iv. Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.

Tahniah pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh tahun 2024!

Leave a Reply