Permohonan Bantuan Persekolahan Zakat Perak-MAIPk 2024 (Borang)

Permohonan Bantuan Persekolahan Zakat Perak-MAIPk 2024 (Borang). Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang ingin memohon bantuan persekolahan tahun 2024. Untuk makluman, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah mengumumkan satu bantuan persekolahan untuk asnaf Fakir Miskin. Permohonan ini boleh dibuat bermula pada 20 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022. Pemohon boleh dapatkan borang ini yang boleh dimuat turun di pautan www.maiamp.gov.my.

Permohonan Bantuan Persekolahan Zakat Perak-MAIPk 2024 (Borang)

Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2021 tidak perlu membuat permohonan. Permohonan baharu hanya melibatkan tiga kategori iaitu kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022, kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan kemasukan pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah.

Permohonan Bantuan Persekolahan Zakat Perak-MAIPk 2024 (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Persekolahan Zakat Perak-MAIPk termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Skim Bantuan Persekolahan MAIPk adalah sebuah skim untuk asnaf Fakir Miskin. Bantuan dalam bentuk kewangan dan akan disalurkan melalui pihak sekolah kepada pelajar yang layak.

Syarat Kelayakan Bantuan Persekolahan Zakat Perak-MAIPk

Dana zakat daripada Skim Bantuan Persekolahan MAIPk disalurkan berdasarkan syarat umum berikut:

a. Pemohon beragama Islam.
b. Warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
c. Pemohon mestilah bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
d. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).

Cara Mohon Bantuan Persekolahan Zakat Perak-MAIPk

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN yang boleh dimuat turun di pautan ini https://www.maiamp.gov.my/index.php/zakat/borang-bantuan-zakat.html atau di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak. Borang yang lengkap hendaklah diserah ke pejabat cawangan MAIPk.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak

No. Tel : 05 208 4000

Leave a Reply