Permohonan Biasiswa Program Penajaan Nasional 2025 PPN Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 yang ingin membuat permohonan biasiswa. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa kepada pelajar cemerlang untuk memohon Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2025 bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web http://esilav2.jpa.gov.my bermula daripada 30 April hingga 11 Mei 2025.

Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2025 merupakan penajaan kepada 30 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara pinjaman boleh ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di Universiti terbaik dunia di USA dan di UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings atau THE World University Rankings.
Permohonan Biasiswa Program Penajaan Nasional 2025 PPN Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Penajaan Nasional termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Penting Permohonan PPN 2025
- Tarikh Permohonan: 30 April – 11 Mei 2025
- Pengisian UKPP & IBK: 30 April – 11 Mei 2025
- Semakan Panggilan Student Assessment Centre (SAC): 2 Jun – 5 Jun 2025
- Tempoh SAC: 10 Jun – 12 Jun 2025
- Keputusan: Julai 2025
Syarat Kelayakan Program Penajaan Nasional 2025
A. Syarat Umum
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(iv) Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
(v) Menduduki peperiksaan SPM tahun 2024 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian; dan
(vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
B. Syarat Khusus
Mendapat keputusan sekurang-kurangnya kurangnya 9A+ dan minimum gred A bagi mata pelajaran lain (sekiranya ada) dalam peperiksaan SPM dengan mendapat gred A+ bagi mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah;
- Bahasa Inggeris;
- Matematik;
- Matematik Tambahan;
- Fizik;
- Kimia; dan
- Dua (2) mata pelajaran lain.

Cara Permohonan Program Penajaan Nasional Online
1. Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PPN
2. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) yang akan dibuka mulai 30 April 2025 (Isnin), 10.00 pagi hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini dianggap gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP dan Slip Pengesahan Permohonan Program Penajaan Nasional Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)
Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. SAC diadakan bertujuan bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 10 hingga 12 Jun 2025 mengikut zon pusat temuduga.
Semakan Keputusan Permohonan Program Penajaan Nasional 2025
Keputusan permohonan penajaan Program Penajaan Nasional ini dijangka akan diumumkan bermula pada Julai 2025 melalui laman sesawang esilav2.jpa.gov.my.
Untuk keterangan lanjut mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 atau emel ke lepasanspm2025@jpa.gov.my.
BACA JUGA: Senarai Permohonan Biasiswa Lepasan SPM