Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS 2024 MAIDAM (Semakan Keputusan). Berita baik buat anak negeri Terengganu yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menawarkan Bantuan Zakat IPTA/ IPTS tahun 2024 khususnya kepada pelajar yang sedang menuntut IPT DALAM & LUAR NEGARA. Permohonan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan bermula pada 15 Januari sehingga 15 April 2021.
Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS 2024 MAIDAM (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Zakat IPTA/ IPTS MAIDAM termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 15 Januari – 15 April 2021
Syarat Kelayakan Bantuan Zakat IPTA/ IPTS MAIDAM
Antara syarat-syarat umum dermasiswa dan bantuan am pelajaran adalah seperti berikut :
a. Pemohon adalah anak jati negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun.
b. Pemohon adalah beragama Islam.
c. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama menetap atau bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung/ Penghulu/ Y.B.
d. Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.
e. Sudah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiayai pengajian oleh pihak MAIDAM.
f. Salinan slip gaji atau akaun pendapatan terkini ibu bapa atau penjaga WAJIB dilampirkan.
g. Pendapatan kasar ibu bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Cara Permohonan Bantuan Zakat IPTA/ IPTS MAIDAM Online
Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke pejabat YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM beralamat di LOT 9 & 10, TINGKAT 1, BAZAR MAIDAM, JALAN MASJID ABIDIN, 20100 KUALA TERENGGANU atau hantar ke Pusat Urusan Zakat Daerah.
Semakan Keputusan Bantuan Zakat IPTA/ IPTS MAIDAM Online
Semakan status keputusan permohonan akan dimaklumkan secara dalam talian menerusi laman web rasmi MAIDAM.
Sebarang maklumat lanjut dan cara memohon, sila layari laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/ atau hubungi di talian 09 6223500.
slm nk tnya utk musim corona ni mcm mna ye nk send borang permohonan bantuan maidam IPT