Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN 2019 Online

Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN 2019 Online. Adakah anda lepasan SPM/ STPM atau setaraf yang ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA tahun 2019? Anda memerlukan pinjaman pelajaran atau bantuan kewangan untuk lanjutan pengajian anda? Sering menjadi permasalahan dalam kalangan pelajar mengenai kos sara hidup dan pembiayaan yuran pengajian yang mungkin menjadi penyebab sesetengah pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran di universiti tempatan. Namun, sekarang anda tak perlu risau lagi dengan adanya pinjaman pendidikan PTPTN. Berikut dikongsikan adalah cara permohonan pinjaman PTPTN 2019 secara online.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN 2019 Online

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan oleh kerajaan adalah untuk membantu pelajar IPTA/ IPTS dengan memberikan pinjaman pelajaran kepada mereka berkelayakan. Dengan adanya pinjaman ini, secara tak langsung dapat meringankan bebanan pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN 2019 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat mengenai cara permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi :

Syarat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN

Berikut adalah syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN seperti :

1. Warganegara Malaysia;

2. Calon berumur tidak melebihi 45 tahun;

3. Calon telah mendapat tawaran pengajian kemasukan ke IPTA/ IPTS dan Politeknik;

4. Kursus atau program yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan atau pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;

5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus/ program yang diikuti mestilah mendapat kelulusan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

6. Semasa membuat permohonan, baki tempoh pengajian hendaklah tidak kurang dari satu tahun;

7. Tiada penaja atau sumbangan agensi lain;

8. Calon telah mempunyai akaun SSPN-i.

Cara Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online

Berikut adalah panduan cara memohon pinjaman pendidikan PTPTN secara online :

1. Anda perlu membuka akaun SSPN-i terlebih dahulu di mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat atau cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i.

2. Setelah itu, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN di mana-mana cawangan kaunter BSN dengan nilai seunit RM5.00 sahaja. Nombor PIN ini perlu disimpan untuk kegunaan semasa membuat permohonan PTPTN secara online. Tempoh sah nombor PIN ini adalah selama 6 bulan bermula dari tarikh pembelian anda.

3. Seterusnya, anda boleh membuat pendaftaran permohonan PTPTN secara online menerusi laman web rasmi PTPTN. Diingatkan, laman web berkenaan hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 ke atas.

4. Selesai permohonan PTPTN online, anda boleh membuat semakan status permohonan PTPTN sama ada anda layak menerima pembiayaan PTPTN atau sebaliknya.

5. Sekiranya permohonan PTPTN berjaya, anda perlu membuka akaun simpanan bank mengikut panel bank yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN kerana pembiayaan pinjaman anda akan terus bank-in ke bank tersebut.

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut tentang permohonan pinjaman PTPTN  boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 -20804455.

INFO BERKAITAN :

● Panduan Membeli No Pin PTPTN Online

● Permohonan dan Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) 

Selamat membuat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN 2019 secara online. Semoga anda mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bagi anda yang ingin dapatkan biasiswa pendidikan lain, boleh rujuk di laman web ini.

One Response

  1. fatikah August 1, 2018

Leave a Reply

%d bloggers like this: