Permohonan Bantuan Zakat Sabah 2024 Online (MUIS)

Permohonan Bantuan Zakat Sabah 2024 Online (MUIS). Bilakah tarikh permohonan Bantuan Zakat Sabah dibuka? Perhatian buat anda rakyat Negeri Sabah yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan bantuan zakat di Negeri Sabah. Untuk makluman, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon bantuan Zakat Sabah yang boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang https://appszakat.sabah.gov.my.

Permohonan Bantuan Zakat Sabah 2024 Online (MUIS)

Permohonan Bantuan Zakat Sabah 2024 Online (MUIS)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Zakat MUIS Sabah termasuk tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Zakat MUIS Sabah

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Zakat MUIS Sabah adalah seperti berikut:

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Kelahiran Negeri Sabah sahaja
  • Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi

Senarai Skim Bantuan Zakat MUIS Ditawarkan

Antara skim-skim Bantuan Zakat MUIS yang ditawarkan kepada yang berkelayakan iaitu:

BANTUAN SOSIOEKONOMI

  • Bantuan Am
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Bencana Alam
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Pengurusan Jenazah

BANTUAN PENDIDIKAN

  • Bantuan Yuran Pendaftaran
  • Bantuan Dermasiswa
  • Bantuan Tiket Penerbangan

BANTUAN MUALAF

  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Am Mualaf

NOTA: Untuk dapatkan maklumat penuh tentang Bantuan Zakat Sabah sila ke laman SINI.

Bantuan Khas COVID-19 MUIS

Untuk makluman, MUIS turut memperuntukkan bantuan sebanyak RM5 juta kepada yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19. Antara bantuan-bantuan yang ditawarkan adalah seperti :

  • Bantuan Khas Waris Pesakit Covid-19 Yang Meninggal Dunia
  • Bantuan Khas Masjid Keperluan Asas Asnaf
  • Bantuan Khas Penerima Bantuan Bulanan BZF
  • Bantuan Khas Fakir Miskin Mualaf
  • Bantuan Khas Petugas Mesra Ibadah

Cara Permohonan Bantuan Zakat Majlis Ugama Islam Sabah Online

1. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan menerusi Aplikasi Zakat Sabah https://appszakat.sabah.gov.my

2. Pemohon perlu daftar masuk dengan tekan pada butang “Daftar Sekarang”.

3. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan.

Semakan Status Bantuan Zakat MUIS Sabah 2023

Untuk semakan status Bantuan Zakat Sabah, sila layari ke laman web rasmi MUIS.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
Tingkat 1, Blok A dan B, Wisma MUIS
Peti Surat 11666
88818 Kota Kinabalu, Sabah

No. Tel: 088-279206 / 279100
Web: https://appszakat.sabah.gov.my
Emel: zakat@sabah.gov.my
FB Rasmi: https://www.facebook.com/bzfmuis/

BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

One Response

  1. Hamidun bin Hussin April 5, 2020

Leave a Reply