Permohonan Biasiswa Al-Bukhary International University 2020 (AIU) Online

Permohonan Biasiswa Al-Bukhary International University 2020 (AIU) Online. Nak buat permohonan bantuan biasiswa? Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Al-Bukhary International University (AIU). Untuk makluman, Al-Bukhary International University menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan bagi sesi pengajian tahun 2020. Permohonan dijangka dibuka pada bulan Februari 2020 menerusi laman web rasmi AIU.

Permohonan Biasiswa Al-Bukhary International University 2020 (AIU) Online

Permohonan Biasiswa Al-Bukhary International University 2020 (AIU) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Al-Bukhary International University termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Al-Bukhary International University 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Al-Bukhary International University adalah seperti berikut:

1. Akademik (40%)

Kelayakan akademik untuk program tertentu adalah berdasarkan keperluan kemasukan minimum

2. Latar Belakang Kewangan (30%)

Tidak berkemampuan dan disasarkan kepada kumpulan B40 (pelajar tempatan) dan pendapatan keluarga bulanan di bawah USD300 (pelajar antarabangsa).

3. Latar Belakang hidup (20%)

Negara yang dilanda perang, negara minoriti Islam, anak yatim

4. Penglibatan (10%)

Tahap penglibatan dalam komuniti / masyarakat atau berkaitan sukan

5. Disiplin

Semua bidang pengajian yang ditawarkan di AIU

Cara Permohonan Biasiswa Al-Bukhary International University Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web https://www.aiu.edu.my/admission/

2. Kepada yang berminat boleh semak dahulu kursus yang ditawarkan oleh AIU dengan KLIK DISINI.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Albukhary International University
Jalan Tun Abdul Razak
05200, Alor Setar, Kedah Darul Aman
No. Tel: +604-7747392

Leave a Reply