Permohonan Dermasiswa Zakat Kedah 2024 Melanjutkan Pelajaran ke IPT Tempatan. Anda sedang mencari bantuan biasiswa? Panduan buat pelajar lepasan SPM/ STPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam. Untuk makluman, Zakat Kedah mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Dermasiswa Zakat Kedah bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bantuan ini untuk anda yang baru memasuki pengajian awal di dalam negara. Permohonan ini boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi Zakat Kedah https://www.zakatkedah.com.my.
![Permohonan Dermasiswa Zakat Kedah 2023 Melanjutkan Pelajaran ke IPT Tempatan](https://i1.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2020/03/PicsArt_03-07-04.25.07.jpg?fit=680%2C305&ssl=1)
Permohonan Dermasiswa Zakat Kedah 2024 Melanjutkan Pelajaran ke IPT Tempatan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran ke IPT Tempatan termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :
Syarat Kelayakan Dermasiswa Zakat Melanjutkan Pelajaran ke IPT
a. Pemohon merupakan pemastautin / menetap di negeri Kedah.
b. Pemohon menerima tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2020 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
c. Tempoh minimum pengajian adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga bulan pengajian.
d. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
e. Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
f. Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan Awal IPTA.
g. Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.
AGIHAN ZAKAT
i. Dermasiswa Awal IPT dalam Negara merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam negara. Bantuan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau pusat pengajian yang bertaraf sekolah.
ii. Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.
Borang Permohonan Dermasiswa Zakat Kedah
a. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web http://ipt.zakatkedah.com.my/iptonline/iptonline_borangIPT.
b. Borang yang telah lengkap diisi WAJIB disertakan bersama dokumen-dokumen berikut :
i) Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
ii) Salinan Kad Pengenalan Waris / Penjaga
iii) Salinan Surat Tawaran Melanjutkan Pelajaran
iv) Salinan Slip Bank / Resit Pembayaran Pendafaran Awal Pengajian (yang telah dijelaskan) atau apa-apa dokumen bukti pembayaran masuk atau surat akuan masuk belajar daripada IPT.
v) Salinan akaun bank pemohon (pelajar)
c. Semua salinan dokumen tersebut perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan / Pegawai Kumpulan Pengurusan Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Pegawai Gred 41 dan keatas).
d. Permohonan hendaklah dibuat melalui Pejabat Zakat Daerah dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah juga dihantar ke Pejabat Zakat Daerah yang berdekatan dengan anda.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan
Lembaga Zakat Negeri Kedah
Aras 5, Menara Zakat
Jalan Teluk Wan Jah
05200, Alor Setar Kedah
Telefon : 047331740
Atau
Pejabat Zakat Daerah berhampiran
BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT