Permohonan Biasiswa Lion Parkson Foundation 2024 Online (Semakan Keputusan). Anda sedang mencari bantuan biasiswa? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPT dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman, Lion Parkson mempelawa kepada calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Lion-Parkson bagi sesi pengajian peringkat Ijazah Pertama tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online sehingga 31 Ogos 2023 di laman web rasmi www.lion.com.my.

Biasiswa ini dianugerahkan kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran sarjana muda (kursus Ijazah Pertama) dan yang telah mendapat masuk ke universiti awam dan swasta yang diiktiraf di Malaysia. Bagi permohonan yang berjaya akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM10,000 per akademik setahun.
Permohonan Biasiswa Lion Parkson Foundation 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Lion Parkson termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : sehingga 31 Ogos 2023
Syarat Kelayakan Biasiswa Lion Parkson
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Lion-Parkson Foundation adalah seperti berikut :
a. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang ingin mengikuti pendidikan tinggi.
b. Pemohon mesti mendapat markah minimum 3A & 1B dalam STPM, CGPA 3.40 dan ke atas dalam Matrikulasi atau pada peringkat Diploma.
c. Minimum 5A seperti di UEC, Pra-Universiti seperti A-Level dengan hasil minimum ABB atau pengajian Asasi dengan skor 85% dan ke atas.
d. Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum.
e. Pemohon tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan pelajaran daripada organisasi lain.
Senarai Bidang Pengajian Ditaja Biasiswa Lion Parkson
Bidang pengajian mesti dikaitkan dengan perniagaan utama Lion Group of Companies, iaitu dalam bidang berikut:
- Pengurusan Runcit
- Pengajian Perniagaan / Perdagangan / Ekonomi
- Perakaunan / Kewangan
- Sains Komputer / Teknologi Maklumat
- Kejuruteraan
- Hartanah / Harta Tanah / Pengurusan Bangunan
- Kesetiausahaan Syarikat
- Pengurusan Sumber Manusia

Cara Permohonan Biasiswa Lion Parkson Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://www.lion.com.my/Apps/ParksonScholarship.nsf/application.
NOTA: Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk temuduga.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi http://www.lion-parksonfoundation.com.my.
BACA JUGA: Senarai Tawaran Biasiswa