Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2024 Online (Semakan Keputusan). Perhatian buat calon yang yang ingin membuat permohonan bantuan pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Great Eastern mempelawa kepada calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Great Eastern Supremacy bagi sesi pengajian tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.greateasternlife.com sehingga 15 Julai 2022.

Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2024 Online (Semakan Keputusan)

Anugerah Biasiswa Great Eastern Supremacy adalah merupakan salah satu program terkemuka dalam industri insurans. Setiap tahun sejak tahun 1998, Great Eastern telah menjadi platform di mana hampir seratus orang muda Malaysia yang layak dan berbakat dapat mengejar impian mereka. Sehingga kini, Great Eastern Life telah memberikan lebih daripada RM12 juta kepada 180 penerima.

Permohonan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat Biasiswa Great Eastern Supremacy termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh permohonan : –

Syarat Kelayakan Biasiswa Great Eastern Supremacy 2024

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Great Eastern Supremacy adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Berumur 22 tahun dan ke bawah
  3. Sedang atau telah mendapat tawaran kemasukan bersyarat ke universiti awam atau swasta tempatan untuk kursus pengajian yang diluluskan
  4. Pencapaian akademik iaitu minimum 3.50 CGPA atau setaraf dengannya di peringkat pra-universiti (STPM/ Asasi/ Matrikulasi atau 2A dan 1B untuk A-Level/ Asasi Minimum 3.5 CGPA atau setaraf dengannya
  5. Aktif dalam sukan dan aktiviti kurikulum
  6. Penerima biasiswa tidak boleh terikat dengan atau memegang mana-mana biasiswa lain

Bidang Tajaan

  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Sains Aktuari
  • Bioperubatan / Biohealth
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Ekonomi
  • Kejuruteraan (Mekanikal)
  • Sains Komputer
  • Pengajian Insurans
  • Undang-undang
  • Komunikasi Massa
  • Pemasaran
  • Matematik/ Statistik
  • Penyelidikan Operasi

Cara Mohon Biasiswa Great Eastern Supremacy Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web https://www.greateasternlife.com/my/en/about-us/company-profile/sharing-with-the-community-scholarship.html

2. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke emel scholarship@greateasternlife.com.

Nota : Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Human Capital, Level 19
Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Emel: scholarship@greateasternlife.com

BACA JUGA: Senarai Biasiswa IPT

Sumber : greateasternlife

Leave a Reply