Permohonan Biasiswa ISMP 2024 Online Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Semakan). Bilakah tarikh Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dibuka? Berita baik buat bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2024 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan dibuka pada 21 Mac hingga 25 April 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://epenawaran.moe.gov.my.
Permohonan Biasiswa ISMP 2024 Online Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Semakan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh permohonan: 21 Mac hingga 25 April 2024
Syarat Kelayakan Biasiswa ISMP 2024
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan adalah seperti berikut :
- Calon mestilah warganegara Malaysia.
- Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2024.
- Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon sedang mengikuti pengajian di semester 2 dan 3 bagi 3 tahun pengajian dan semester 2 hingga 4 bagi 4 tahun pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah serta perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini.
Senarai Bidang Pengajian/ Pengkhususan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Dini
- Sains
- Sejarah
- Geografi
- Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Reka Bentuk Dan Teknologi
- Teknologi Automotif
- Teknologi Kimpalan
- Bimbingan Dan Kaunseling
- Teknologi Elektrik
- Pendidikan Khas
Cara Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2024 Online
1. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
2. Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BAHARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 hingga 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
3. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
4. Pemohon WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda pada bahagian DIRI, PENGAJIAN, AKADEMIK, KOKURIKULUM dan IBU BAPA/PENJAGA.
5. Pemohon perlu memuat naik dokumen seperti yang disenaraikan mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Dokumen yang bertanda * adalah WAJIB dimuat naik.
6. Butang HANTAR hanya akan dipaparkan selepas pemohon menekan butang SIMPAN.
7. Sila tekan butang HANTAR setelah melengkapkan permohonan dan pastikan Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan dicetak sebagai bukti permohonan.
Sebarang keterangan lanjut sila hubungi di talian 03-83217113/7138/7157/7136/7159 atau emel ke ismp.bt@moe.gov.my.
BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT