Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2020 Online (HGipt)

Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2020 Online (HGipt). Perhatian buat anak-anak Negeri Sarawak yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk makluman, kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan satu bantuan pelajaran iaitu Hadiah Galakan Ke IPT khas buat anak jati Sarawak yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Bagi berkelayakan boleh mohon Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) secara online melalui laman web rasmi Yayasan Sarawak.

Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2020 Online (HGipt)

Hadiah Galakan Ke IPT atau ringkasnya HGipt adalah satu bantuan pelajaran yang dibuka sepanjang tahun dan tidak mempunyai tarikh tutup permohonan. HGipt diperkenalkan adalah untuk membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

Permohonan Hadiah Galakan Ke IPT 2020 Online (HGipt)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Hadiah Galakan Ke IPT termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar bantuan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Hadiah Galakan Ke IPT

Antara syarat-syarat kelayakan Hadiah Galakan Ke IPT adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan anak jati Sarawak.
2. Permohonan terbuka kepada pelajar untuk semester satu (1) sahaja.
3. Pemohon mestilah mengikuti pengajian sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
4. Ibu bapa / penjaga pelajar mestilah mempunyai pendapatan kasar RM1,500 dan ke bawah.
5. Permohonan hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.

Kadar Bantuan HGipt 2020

Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut :

  • Pengajian Dalam Sarawak: RM1,000
  • Pengajian Luar Sarawak: RM1,500

Cara Mohon Hadiah Galakan Ke IPT Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Yayasan Sarawak https://yayasansarawak.org.my/.

2. Klik bahagian ‘Permohonan Atas Talian.’

3. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik butang ‘Next.’

4. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti berikut untuk pendaftaran:

i) No. telefon bimbit
ii) Emel
iii) Password
iv) Petunjuk Password
v) Soalan Keselamatan
vi) Jawapan Keselamatan

5. Tandakan ‘/’ pada kotak ‘I have read, understood and agree to Yayasan Sarawak’s Privacy Policy.’

6. Selepas itu, masukkan ‘captcha’ yang dipaparkan dan klik pada butang ‘Register.’

7. Login semula untuk membuat permohonan secara online.

8. Klik pada butang ‘Hantar’ apabila selesai mengisi maklumat permohonan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Sarawak di talian 082-441686 atau emel ke ys@yayasansarawak.org.my.

Leave a Reply