Permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor 2024 Online (TKWBNS)

Permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor 2024 Online (TKWBNS). Nak mohon bantuan pelajaran ke peringkat Ijazah? Berita baik buat anak jati Selangor yang ingin memohon biasiswa untuk lanjutan pengajian ke universiti terbaik dunia. Untuk makluman, Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) mempelawa kepada yang berkelayakan memohon Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor tahun 2024 yang dibuka untuk lanjutan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda hingga PHD. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 15 April hingga 14 Mei 2024 di laman web rasmi TKWBNS atau terus ke pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my.

Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor 2022 Online (TKWBNS)

Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dengan kerjasama Dermasiswa Zakat (MAIS) merupakan satu program biasiswa di bawah tajaan Kerajaan Negeri Selangor yang dikelolakan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor. Selain biasiswa ini, terdapat beberapa biasiswa lain yang turut ditawarkan antaranya iaitu Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor, Program Khas Peduli Siswa, Sagong Taji dan Program Khas Selangor Brain Bank.

Permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor 2024 Online (TKWBNS)

Berikut dikongsikan adalah Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan: 15 April – 14 Mei 2024

Syarat Kelayakan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor 2024

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor adalah seperti berikut:

A. SYARAT AM

  • Pemohon mestilah terdiri dari rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia atau pemohon lahir di Negeri Selangor atau ibu/ bapa lahir di Negeri Selangor.
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  • Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
  • Sihat tubuh badan.
  • Universiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan.

B. SYARAT KHUSUS

  1. Memiliki Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
  2. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/TOEFL (100/120) /MUET Band (5.0)
  3. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah.

Bidang Pengajian Ditaja Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor

A. SKOP SMART SELANGOR

  • Water Management
  • Governance
  • Energy and Utility
  • Waste Management
  • Safety and Security
  • Healthcare
  • Food and Agriculture
  • Disaster Management
  • Building and Housing
  • Education
  • Transport and Mobility

B. Bidang-bidang berkaitan

  • Human and Social Development
  • Commercial
  • Culture and Heritage
  • Environment
  • Retail
  • Islamic Affairs
  • Technology
  • Manufacturing
  • Communication
  • Business

JENIS PEMBIAYAAN

Pembiayaan bagi biasiswa berbentuk Biasiswa Penuh merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun penginapan dan lain-lain elaun.

Cara Permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/

2. Klik butang daftar.

3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

4. Log masuk dengan kad pengenalan anda dan kata laluan yang didaftarkan.

5. Hantar permohonan setelah maklumat dilengkapkan isi dengan betul.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-5521 2275/03-5544 7484 atau emel ke tkwbns@selangor.gov.my.

Sumber: tkwbns

Leave a Reply