Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2024 MAIPk (Semakan Keputusan). Nak mohon bantuan pelajaran? Panduan buat pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Untuk makluman, Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengumumkan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal tahun 2024 bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Permohanan ini dibuka secara online bermula pada 27 Mac hingga 18 April 2023 dengan dapatkan borang di pejabat MAIPk terdekat atau dimuat turun melalui portal rasmi MAIPk di https://shortest.link/m3C6.
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin. Pelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2024 MAIPk (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:
Tarikh permohanan: 27 Mac – 18 April 2023
Syarat Kelayakan Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak adalah seperti berikut;
a. Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
b. Lahir dan menetap di Negeri Perak atau telah bermastautin di Negeri Perak.
c. Permohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2023.
d. Murid adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.
e. Pencapaian murid mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2022.
f. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.
Manfaat Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk
- Menerima biasiswa tahunan
- Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan
- Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk
Cara Mohon Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak Online
1. Permohanan ini boleh dapatkan borang daripada pejabat MAIPk terdekat atau boleh dimuat turun melalui portal rasmi MAIPk di https://shortest.link/m3C6.
2. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
3. Borang permohanan perlu disertakan bersama dokumen iaitu ;
- KP pemohon
- KP ibu bapa
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan ibubapa
- Salinan keputusan Akhir Tahun 2022 yang telah disahkan pihak sekolah
4. Hantar borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut;
UNIT PEMERKASAAN ASNAF,
Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Untuk keterangan lanjut sila menghubungi di talian 019 5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).
BACA JUGA: Permohonan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah
Sumber: https://www.maiamp.gov.my/index.php/info/berita/1986-skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal-2.html