Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online (Semakan Keputusan). Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan biasiswa untuk pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama. Untuk makluman, anda dipelawa untuk memohon Program Khas Biasiswa Selangorku tahun 2022 bagi mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh), Universiti Islam Antarabangsa (Gombak), Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi), Universiti Putra Malaysia (Serdang), Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dan Kolej Antarabangsa INPENS. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://tkwbns.selangor.gov.my. Tahun lalu, permohonan dibuka pada 30 April 2021.

Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online

Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Sagong Tasi termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar pengajian dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : akan dikemaskini

Syarat Kelayakan Biasiswa Sagong Tasi 2023

Program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

a. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan

b. Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan

c. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

d. Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau

e. Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

f. Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)

g. Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja

h. Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan

i. Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

SYARAT AKADEMIK

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

IJAZAH SARJANA MUDA PERTAMA

i. Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

ii. Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

iii. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

DIPLOMA

i. Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

ii. Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Cara Permohonan Biasiswa Sagong Tasi

a. Permohonan adalah secara manual sahaja. Borang Permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my

b. Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

c. Hanya pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Biasiswa.

d. Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my

e. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup permohonan.

f. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing atau terus ke alamat berikut :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Semakan Keputusan Biasiswa Sagong Tasi 2023

Semakan keputusan permohonan akan dimaklumkan menerusi emel atau laman web www.tkwbns.selangor.gov.my

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Diploma & Ijazah

Leave a Reply