Permohonan Biasiswa KWPPL 2024 Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut. Nak mohon biasiswa KWPPL? Panduan buat pelaut-pelaut di Jabatan Laut Malaysia yang merancang untuk mengambil kursus Persediaan untuk Enjin (WKE/ MSE) Dan Deck (WKO). Untuk makluman, permohonan Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) tahun 2023 telah dibuka sehingga 28 Februari 2023. Permohonan biasiswa ini boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi portal https://www.marine.gov.my/jlm.
Permohonan Biasiswa KWPPL 2024 Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan: sehingga 28 Februari 2023
Syarat Kelayakan Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut 2024
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut adalah seperti berikut :
a. Pemohon mestilah tidak mempunyai rekod jenayah.
b. Tidak mempunyai penyakit kronik atau sebarang penyakit yang memerlukan pengambilan ubat.
Kategori Penajaan Biasiswa KWPPL
Penajaan biasiswa KWPPL adalah terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
Kategori A
- Bayaran penuh yuran kursus utama;
- Bayaran elaun sara hidup sepanjang kursus berlangsung.
Kategori B
- Bayaran penuh yuran kursus utama.
Cara Mohon Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut 2023
1. Permohonan biasiswa ini mestilah dilakukan secara rasmi oleh peserta/pelaut berwarganegara Malaysia secara langsung tanpa melibatkan sebarang pengaruh atau sokongan daripada mana-mana institut latihan maritim.
Borang permohonan : https://www.marine.gov.my/jlm/admin/assets/uploads/images/contents/20221216162709-105c7-borang-permohonan-keterangan-biasiswa-kwppl-2023.pdf
2. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan borang yang lengkap, dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan, serta mematuhi kriteria kursus di Lampiran 1 dan syarat di Lampiran 2 pada Nota Maklumat dan Panduan Marin bilangan 1/2013 (NMPM 1/2013).
3. Klik Save PDF setelah borang diisi lengkap. Penghantaran permohonan dilakukan secara emel kepada kwppl@marine.gov.my dengan tajuk emel tersebut dinyatakan sebagai:
‘PERMOHONAN BIASISWA <nama pemohon> <tahun kursus yang dimohon>’
Contoh tajuk emel yang perlu ditulis jika nama pemohon ialah Johan Sufian, manakala tahun kursus yang bakal diambil adalah 2023:
PERMOHONAN BIASISWA JOHAN SUFIAN 2023
NOTA:
a. Hanya permohonan yang lengkap dan dihantar melalui emel sahaja yang akan diproses.
b. Pemohon yang layak ditemuduga akan diberikan tarikh dan tempat temuduga oleh urusetia KWPPL. Sekiranya calon temuduga sedang berkhidmat pada tarikh tersebut, calon dikehendaki mengemukakan bukti yang kukuh.
c. Rayuan dan bantahan tidak akan memberi sebarang impak kepada permohonan memandangkan keputusan panel pemilih KWPPL adalah muktamad.
Untuk sebarang lanjut boleh hubungi Puan Ummil Syazwina melalui +603 – 3346 7633 atau emel kepada kwppl@marine.gov.my.