Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2024 (YPJ) Online

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2024 (YPJ) Online. Bilakah tarikh perlawanan Biasiswa Sultan Ibrahim dibuka? Berita baik buat yang lahir dan menetap di negeri Johor yang ingin membuat permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim. Untuk makluman menerusi laman Yayasan Pelajaran Johor, mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Sultan Ibrahim tahun 2024 yang dijangka buka pada bulan September 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2023 (YPJ) Online

Biasiswa Sultan Ibrahim adalah terbuka kepada anak Johor yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PHD) sepenuh masa. Selain biasiswa ini, Yayasan Pelajaran Johor turut menawarkan Biasiswa Sukan Atlet Johor buat rakyat negeri tersebut.

Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2024 (YPJ) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Sultan Ibrahim termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan beserta dokumen sokongan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Sultan Ibrahim

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Sultan Ibrahim yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

A. SYARAT AM

1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
7. Pengajian adalah sepenuh masa
8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
10. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.

B. SYARAT KHUSUS AKADEMIK

1) Peringkat Ijazah Sarjana

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

2) Peringkat Doktor Falsafah

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara;
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT

Tempoh Tajaan

Tempoh tajaan yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut ;

a. Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun

b. PHD : 3 hingga 4 tahun

Cara Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim Online

1. Untuk permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi YPJ http://prolims.ypj.gov.my/.

2. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan sebelum hantar ke pejabat YPJ Larkin. Antara dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah iaitu :
a. Salinan Slip permohonan
b. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
c. Salinan surat tawaran pengajian
d. Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum
e. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)
f. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor

No. Tel: 07-2344355
No. Fak: 07-2344434

Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

Leave a Reply