Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2024 Online YBSTAR (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2024 Online YBSTAR (Semakan Keputusan). Berminat melanjutkan pengajian di dalam negara atau luar negara? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan biasiswa pendidikan tahun 2023. Untuk makluman, Yayasan Sarawak mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman bagi sesi pengajian tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara online pada bulan Jun 2020 melalui laman sesawang Yayasan Sarawak. Terbuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2023/2024 Online (YBSTAR)

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak 2024 Online YBSTAR (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat tentang Biasiswa Yayasan Sarawak termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman

Antara syarat kelayakan Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman adalah seperti berikut:

A. Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak
  • Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf dalam dan luar negara.

B. Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

i. Ijazah Pertama

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya;

ii. Ijazah Lanjutan

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana;

iii. Kriteria Tambahan

  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
  • Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
  • Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti.

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web Yayasan Sarawak https://yayasansarawak.org.my/.

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI.

3. Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam
borang permohonan hendaklah disahkan terlebih dahulu.

4. Pegawai atau kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa samada bergaji penuh atau separuh gaji.

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Seksyen Biasiswa
Yayasan Sarawak
Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 KUCHING

Nota : Calon yang layak dan memenuhi kriteria, akan ditemuduga oleh satu panel khas bagi tujuan pemilihan akhir.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

SEKSYEN BIASISWA
Talian Pejabat : (082) 441686
Faks : (082) 440023

BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply