Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 Online (LSPM)

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 Online (LSPM). Berita baik buat pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 yang ingin membuat permohonan biasiswa. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa kepada pelajar cemerlang untuk memohon Program Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) tahun 2024 bagi mengikuti pengajian di dalam negara. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web JPA bermula daripada 29 Mei hingga 9 Jun 2024.

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 Online (LSPM)

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 Online (LSPM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Penajaan Nasional termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

A. Syarat Umum

a. Warganegara Malaysia.

b. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.

c. Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.

d. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

e. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian.

f. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

g. Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

B. Syarat Khusus

a. Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada).

b. Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran semasa.

Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 Online (LSPM)

Cara Mohon Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara Online

1. Calon yang berminat perlu mengisi profiling secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=KSPM yang dibuka khusus kepada senarai calon yang dipaparkan dalam laman web berkenaan sahaja.

2. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 29 Mei 2024 (Rabu), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem eProfiling. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP, Slip Pengesahan IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Student Assessment Centre (SAC)

Calon-calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. SAC diadakan bertujuan bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 24 hingga 28 Jun 2024 mengikut zon pusat temuduga.

Semakan Keputusan Permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara

Keputusan permohonan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara dijangka akan diumumkan pada 25 Julai 2024 di portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my.

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 atau e-mel lepasanspm2024@jpa.gov.my.

BACA JUGA: Senarai Permohonan Biasiswa Lepasan SPM

Leave a Reply