Permohonan UiTM Sesi 2 2024-2025 (Asasi/Diploma/Sarjana Muda). Berminat melanjutkan pengajian ke UiTM? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam program Sarjana Muda dan Profesional. Untuk makluman, Universiti Teknologi MARA telah menawarkan permohonan kemasukan UiTM sesi 2 2024/2025 (ambilan Mac 2025) yang dibuka bermula pada 26 Ogos sehingga 25 Oktober 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web UiTM https://online.uitm.edu.my.
Permohonan UiTM Sesi 2 2024-2025 (Asasi/Diploma/Sarjana Muda)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke UiTM bagi program Sarjana Muda dan Profesional termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan: 26 Ogos – 25 Oktober 2024 (Sesi 2)
Universiti Teknologi MARA atau ringkasnya UiTM adalah sebuah Institut Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia yang menyediakan pelbagai program pengajian dari Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa atau Pengajian Luar Kampus.
Syarat Kemasukan UiTM Sesi 2 2024-25
Sebelum mengikuti pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), calon hendaklah mengetahui syarat-syarat kemasukan ke UiTM.
- Permohonan hanya terbuka kepada CALON LEPASAN SPM SAHAJA.
- Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia.
- Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon.
- Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
- Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon.
- Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.
Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan UITM Sesi 2
a. Asasi Undang-Undang UITM – Lepasan SPM Tahun 2023
b. 72 Program Diploma – Lepasan SPM & Program-program Diploma dibawah Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi (TIDAK DITAWARKAN BAGI FASA 2)
c. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (CFAP243) – Lepasan SPM
Cara Mohon UiTM Online (Pengambilan Sesi 2)
1. Permohonan kemasukan ke UiTM sesi 2 bagi program Asasi, Diploma & Sarjana Muda boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://online.uitm.edu.my/spm/
2. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Slip BSN pada ruangan yang disediakan. Klik pada butang “Masuk”.
3. Sekiranya program pilihan anda tidak ada di dalam senarai pemilihan program, sila rujuk Bahagian Pengambilan Pelajar.
4. Sila tekan butang HANTAR setelah selesai mengisi Borang Permohonan untuk memastikan permohonan anda adalah muktamad. Sekiranya butang HANTAR tidak ditekan, permohonan anda tidak diterima.
NOTA:
i. No Pin mula dijual bermula daripada 26/08/2024 sehingga 25/10/2024. Pembelian No Pin boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN No Pin UiTM: Program 1 (RM10.00).
ii. Sila pastikan anda membuat cetakan dan menyimpan borang permohonan anda sebagai rujukan.
Sebarang pertanyaan tentang pengambilan & keputusan permohonan bahagian pengambilan pelajar rujuk di pautan https://pengambilan.uitm.edu.my/hubungi-kami
BACA JUGA: