Permohonan Diploma Kejururawatan UM 2024-25 Online (Syarat & Yuran). Bilakah tarikh permohonan Diploma Kejururawatan UM dibuka? Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dalam program Diploma Kejururawatan ambilan 2024-25. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Universiti Malaya bagi program Diploma Kejururawatan ambilan September 2024-25 dibuka bermula daripada 11 Mac sehingga 16 Jun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang rasmi spp.ummc.edu.my.
Permohonan Diploma Kejururawatan UM 2024-25 Online (Syarat & Yuran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Diploma Kejururawatan Universiti Malaya termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Syarat Kemasukan Diploma Kejururawatan UM 2024-25
Antara syarat-syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan di Universiti Malaya seperti berikut;
a. Setiap pemohon warganegara yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ MyKad yang berumur 18 hingga 25 tahun (Bujang).
b. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan mendapat gred C dan ke atas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan lulus mata pelajaran Sejarah.
c. Memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains atau Biologi.
Cara Mohon Diploma Kejururawatan UM 2024-25
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui spp.ummc.edu.my. Pemohon perlulah membeli No.Pin ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 mulai 11 Mac 2024.
2. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan No.Pin ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
3. No. Pin ID PPUM akan digunakan untuk semakan panggilan temuduga (Program Diploma Kejururawatan sahaja) melalui spp.ummc.edu.my. Keputusan permohonan akan diumumkan mulai 25 Jun 2024 kepada calon yang telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temuduga.
NOTA: Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Untuk dapat keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 20287071/7047 atau layari ke laman web www.ummc.edu.my/cohes.
Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Malaya dalam program Diploma Kejururawatan ambilan 2024-25.