Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Tingkatan 1 & 4 2021, Bantuan RM600 (BSM). Berita baik buat pelajar Sekolah Menengah di negeri Pahang. Untuk makluman, Yayasan Pahang telah memperkenalkan satu bantuan kewangan iaitu Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) tahun 2021 yang diberikan kepada murid anak Pahang yang bersekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang. Permohonan ini boleh dibuat dengan dapatkan borang permohonan di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Tingkatan 1 & 4 2021 (BSM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Sekolah Menengah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon :
Tarikh Permohonan : 1 Mac hingga 30 April 2021
Syarat Kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di negeri Pahang atau bermastautin di negeri Pahang lebih daripada 10 tahun.
4. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan Ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan atau tajaan lain.
5. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
6. Murid yang mempunyai cemerlang akademik dan kokurikulum.
7. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Rakyat / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam negeri Pahang sahaja.
8. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
9. Murid yang pernah digantung atau dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
10. Pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2021 sahaja layak memohon.
Cara Mohon Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021
1. Dapatkan Borang Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
2. Lengkapkan maklumat yang diminta dalam borang tersebut.
3. Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar semula ke pejabat sekolah masing-masing.
4. Pihak sekolah perlu menghantar borang permohonan kepada pihak Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohonan secara online di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau layari laman web www.yp.org.my.
BACA JUGA : Program eBelia Cara Claim Kredit eWallet RM150