Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023 Online Untuk Master & PHD. Nak mohon biasiswa Yayasan Terengganu? Panduan buat pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Master dan PHD. Untuk makluman, Yayasan Terengganu mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Terengganu tahun 2022 bagi pengajian peringkat Master, PHD atau Program Perakaunan Professional ACCA. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula pada 23 November hingga 7 Disember 2022 menerusi laman web Yayasan Terengganu.

Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023 Online Untuk Master & PHD
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yayasan Terengganu termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 23 November – 7 Disember 2022
Senarai Tawaran Biasiswa Yayasan Terengganu
- Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) Dan Doktor Falsafah (PHD) Tahun 2022
- Biasiswa Program Perakaunan Profesional ACCA Tahun 2022
Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Terengganu 2022
Antara syarat-syarat Biasiswa Yayasan Terengganu adalah seperti berikut :
A. Syarat Umum
i. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
ii. Pemohon atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
iii. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
iv. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
B. Syarat Akademik
PENGAJIAN DALAM NEGARA
PERINGKAT PERSEDIAAN (Matrikulasi/Asasi)
I. Lulus SPM 2021 dengan memperoleh sekurang-kurangnya Gred A (-A, A atau A+) dalam 8 matapelajaran termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
ii. Telah menerima tawaran di pusat pengajian pengajian persediaan (Matrikulasi/Asasi) di IPTA.
PENGAJIAN LUAR NEGARA
IJAZAH PERUBATAN/PERGIGIAN DI JORDAN & MESIR
- Lulus SPM 2021 dengan memperoleh Gred A (-A, A atau A+) dalam sekurang-kurangnya 8 matapelajaran termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi.
IJAZAH PENGAJIAN ISLAM (PERBANKAN ISLAM) DI JORDAN
- Lulus SPM 2021 dengan memperoleh Gred A (-A, A atau A+) sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
FOUNDATION/A-LEVEL
- Lulus SPM 2021 dengan memperoleh minimum Gred A ( A atau A+) sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu Online
1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login
2. Lengkapkan maklumat peribadi dengan sahih.
3. Hantar permohonan anda.
Nota : Penawaran biasiswa atau pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Yayasan Terengganu di talian 09 6221733 atau emel ke info@yt.gov.my.
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT 2022
Bilakah permohonan biasiswa untuk doktor falsafah dibuka untuk tahu 2021.. sila berijawapan memandangkan sehingga hari ini masih tidah keluar lagi iklannya.