Program eBelia : Cara Claim Kredit eWallet RM150 (PEMERKASA). Panduan buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Untuk makluman menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), Perdana Menteri mengumumkan jumlah kredit eBelia ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150 bermula Jun 2021. Dalam program eBelia, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta yang akan dimanfaatkan untuk golongan antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa. Buat masa kini cara penunaian kredit eWallet RM150 masih tidak diumumkan secara rasmi lagi.
Program eBelia : Cara Claim Kredit eWallet RM150 (PEMERKASA)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program eBelia RM150 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan cara claim kredit eWallet :
Apa itu Program eBelia?
Program eBelia adalah satu bantuan khas daripada Kerajaan buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi yang layak akan menerima kredit eWallet bernilai RM150 secara one-off.
Tarikh Bayaran Program eBelia
Dalam pembentangan PEMERKASA, penebusan eWallet dalam program eBelia boleh dibuat bermula pada bulan Jun 2021.
Kategori Layak Claim eBelia RM150
Bagi golongan yang layak membuat penebusan eBelia eWallet berjumlah RM150 adalah iaitu :
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Penuntut sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Cara Claim Kredit eWallet RM150
Buat masa kini cara penebusan eWallet RM150 dalam program eBelia tidak diumumkan lagi. Namun begitu, seperti mana sebelum ini penebusan eWallet boleh dibuat menerusi aplikasi Touch n’ Go, GrabPay atau Boost.
Untuk keterangan lanjut tentang Program eBelia, sila layari ke laman web rasmi https://www.mof.gov.my/.