Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 (SPC)

Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 (SPC). Anda ingin memohon biasiswa untuk pengajian di Universiti Awam? Berita baik buat pemohon anak jati Terengganu dimana Yayasan Terengganu mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan/ Foundation dan Ijazah Pertama Luar Negara tahun 2022. Permohonan biasiswa ini boleh dibuat secara online bermula pada 16 Jun sehingga 26 Jun 2022 menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu (YT).

Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 (SPC)

Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022 (SPC)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 16 Jun – 26 Jun 2022

Syarat Kelayakan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang 2022

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang adalah seperti dibawah:

A. SYARAT UMUM

1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu dimana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.

2. Pemohon dan ibu bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih.

3. Ibu bapa dan pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di negeri Terengganu.

4. Keutamaan kepada pemohon dari kalangan berpendapatan rendah (B40).

B. SYARAT KHUSUS

i. FOUNDATION

  • Lulus SPM 2021 minimum Gred A sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Biasiswa peringkat IJAZAH di Luar Negara dalam bidang Sains/ Kejuruteraan/ Perakaunan tertakluk kepada keputusan cemerlang peperiksaan Foundation/ A-Level.

ii. IJAZAH PERUBATAN/ PERGIGIAN DI JORDAN & MESIR

  • Lulus SPM 2021 minimum Gred A sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi.
  • Telah membuat permohonan secara atas talian melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

iii. IJAZAH PENGAJIAN ISLAM DI JORDAN

  • Lulus SPM 2021 minimum Gred A sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran termasuk Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
  • Telah membuat permohonan secara atas talian melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web Yayasan Terengganu ytpenajaan.terengganu.gov.my.

2. Borang permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik (upload) semua dokumen yang diperlukan.

Nota : Hanya calon-calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil menduduki Ujian Bertulis & temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.

Keputusan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang 2022

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT (Biasiswa/Pinjaman/Zakat)

Leave a Reply