Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2024 (YPJ) Online

Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2024 (YPJ) Online. Bilakah tarikh permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor dibuka? Perhatian buat pelajar yang menetap di negeri Johor yang ingin membuat permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor tahun 2024. Untuk makluman menerusi laman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Biasiswa Sukan Atlet Johor secara online di laman web rasmi YPJ mulai bulan Julai 2020. Tahun lalu, permohonan ini dibuka pada Julai 2019.

Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2023 (YPJ) Online

Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2024 (YPJ) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Sukan Atlet Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan beserta dokumen penting :

Syarat Kelayakan Biasiswa Sukan Atlet Johor

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Sukan Atlet Johor yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

1. Lahir DAN menetap di Negeri Johor ;

2. Terbuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian Diploma & Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja;

3. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh memohon;

4. Telah mendapat surat tawaran kemasukan / sedang mengikuti pengajian. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualification Agency (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.

5. Keutamaan adalah kepada pelajar yang masih belum mempunyai tajaan (sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan maka, pelajar hanya boleh menerima satu tajaan dalam satu masa yang sama)

6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’

7. Bagi pelajar yang baru mendaftar di tahun pertama, perlu Pernah menyertai kejohanan/sukan sekurang-kurangnya di peringkat negeri (tempoh penyertaan tidak kurang dari tempoh 5 tahun semasa permohonan dibuat)

8. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
– Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini ;
– Masih bergiat aktif sebagai atlet di dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan
– Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

Tempoh Tajaan Biasiswa Sultan Sukan Atlet Johor

i. Ijazah Sarjana Muda

Kadar Biasiswa : Yuran sebenar + sara hidup (RM 6,000 setahun)

Tempoh: Maksimum 5 tahun

ii. Diploma

Kadar Biasiswa : Yuran sebenar + sara hidup (RM 6,000 setahun)

Tempoh : Maksimum 4 tahun

Cara Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor Online

1. Untuk permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor http://portal.ypj.gov.my.

2. Permohonan perlu diisi dengan lengkap dan hantar slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah iaitu :

i. Salinan Slip permohonan
ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
iii. Salinan surat tawaran pengajian
iv. Salinan pengesahan oleh Pegawai Sukan dari pusat sukan IPT
v. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan)
vi. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Nota: Pengesahan hendaklah dibuat oleh pegawai Professional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawai/ Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor

No. Tel: 07-2344355
No. Fak: 07-2344434
Emel: info@ypj.gov.my

Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

Leave a Reply