Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2022/2023 Online (Semakan Keputusan). Panduan buat anda yang mendapat tawaran kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda tahun 2022/2023. Untuk makluman, UTM mempelawa Biasiswa Endowmen UTM kepada mereka yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia bagi kemasukan tahun pertama 2022/2023. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 29 September hingga 15 Oktober 2022 menerusi laman web rasmi UTM.

Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Endowmen UTM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 29 September – 15 Oktober 2022

Syarat Kelayakan Biasiswa Endowmen UTM 2022/2023

BIASISWA ENDOWMEN MERDEKA UTM dan BIASISWA ENDOWMEN AL-BUKHARY UTM

NILAI BIASISWA : RM12,000.00 SETAHUN

KELAYAKAN AKADEMIK :

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 (Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Diploma yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75.

Syarat-Syarat Lain:

  • Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman.
  • Lulus dalam sesi temubual.
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Merdeka UTM dan Biasiswa Endowmen Al-Bukhary UTM.

BIASISWA ENDOWMEN AZMAN HASHIM UTM

KATEGORI CEMERLANG

NILAI BIASISWA : RM12,000.00 setahun

KELAYAKAN AKADEMIK:

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.80 ; atau
  • Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.80

KATEGORI BOTTOM 40

NILAI BIASISWA : RM10,000.00 setahun

KELAYAKAN AKADEMIK:

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.00 ; atau
  • Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.00

Syarat-Syarat Lain:

  • Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
  • Lulus dalam sesi temubual;
  • Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM3,500.00 (Kategori Bottom 40);
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Azman Hashim

KATEGORI KECEMERLANGAN SUKAN UTM

NILAI BIASISWA : RM10,000.00 SETAHUN)

KELAYAKAN AKADEMIK:

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 2.50 ; atau
  • Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 2.50
  • Mendapat PNGK ≥2.50 pada pengajian semasa di UTM (bagi pemohon Tahun 2 Semester 3 pengajian pada Semester 1 2020/2021)

Syarat-Syarat Lain :

  • Pemohon berada pada Tahun Pertama atau Tahun Kedua pengajian Program Ijazah Sarjana Muda di UTM secara sepenuh masa;
  • Pencapaian sukan sekurang-kurangnya mewakili sukan peringkat negeri;
  • Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman;
  • Lulus dalam sesi temubual;
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Azman Hashim Kecemerlangan Sukan UTM.

BIASISWA ENDOWMEN ALUMNI UTM

NILAI BIASISWA : RM9,000.00 SETAHUN

KELAYAKAN AKADEMIK:

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Program Asasi dari Universiti Awam dengan mendapat PNGK ≥ 3.00 ; atau
  • Lulusan Diploma yang diiktiraf dengan mendapat PNGK ≥ 3.00

Syarat-Syarat Lain:

  • Keutamaan diberikan kepada Ibu/bapa/penjaga adalah Alumni UTM atau jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM3,500.00
  • Pemohon belum menerima mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman
  • Lulus dalam sesi temuduga
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasisiwa Endowmen Alumni UTM
Permohonan Biasiswa Endowment UTM 2022/2023 Online (Semakan Keputusan)

Senarai Biasiswa Endowment UTM Yang Ditawarkan

Terdapat beberapa jenis Biasiswa Endowment UTM yang ditawarkan iaitu :

  • Biasiswa Endowment Merdeka UTM
  • Biasiswa Endowment Al-Bukhary UTM
  • Biasiswa Endowment Azman Hashim UTM
  • Biasiswa Endowment Alumni

Cara Mohon Biasiswa Endowmen UTM 2022/2023

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web http://biasiswaendowmen.utm.my/Endowmen/Akaun/AkaunBaru.

2. Pemohon perlu lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib,
Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib,
Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Aras 1, Bangunan SUB
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor

E-mel : biasiswaendowmen@utm.my
No. Telefon : 07-5530185 / 07-5530513
Laman Web Pejabat HEP : http://www.utm.my/studentaffairs

Sumber : UTM

Leave a Reply

%d bloggers like this: