Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong 2021 KLK (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong 2021 KLK (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan bantuan pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Yayasan Kuala Lumpur Kepong mempelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) bagi sesi pengajian tahun 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web www.klk.com.my sehingga 8 September 2021.

Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong 2021 KLK (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong 2021 KLK (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklukat tentang Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 Julai – 8 September 2021

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong 2021

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong adalah seperti berikut:

  1. Mestilah warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kelayakan akademik yang baik (STPM, A-Level atau kelayakan setara minimum 2A / Foundation (asasi)-CGPA minimum 3.5).
  3. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
  4. Aktif dalam aktiviti kurikulum.
  5. Telah menerima tawaran kemasukan ke Universiti Awam/IPTS.
  6. Tidak terikat, memegang apa-apa biasiswa lain atau menerima tajaan daripada mana-mana organisasi lain.

Jumlah Tajaan Biasiswa KLK

Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini akan menerima pembiayaan tahunan seperti berikut:

  • Ijazah Institusi Awam – RM 10,000 setiap tahun akademik
  • Ijazah Institusi Swasta – RM17,000 setiap tahun akademik

Bidang Pengajian Yang Ditaja

  • Agriculture Science, Forestry, Environmental or related disciplines
  • Sciences (Chemistry, Biotechnology)
  • Engineering (Civil, Chemical, Mechanical, Electrical and Instrumentation)
  • Accountancy
  • Information Technology
  • Real Estate Management
  • Horticulture and Landscape

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong

Permohonan ini boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan hantar bersama dengan dokumen yang berkaitan ke emel yayasan@klk.com.my atau ke alamat:

Yayasan KLK Scholarships Application
Kuala Lumpur Kepong Berhad
Bangunan Mayban Trust Ipoh
Level 9, No. 28, Jalan Tun Sambantha
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Muat turun borang : https://www.klk.com.my/wp-content/uploads/2020/06/YKLK-Scholarship-Application-Form-2020-21.06.20.pdf

Nota : Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong 2021

Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak KLK dengan klik pautan ini http://www.klk.com.my/contact-us/email-us/.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Pelajaran 2021

Leave a Reply