Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2021 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2021 Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Yayasan Perak mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara bagi sesi pengajian tahun 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web www.yayasanperak.gov.my sehingga tarikh tutup 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke IPT.

Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2021 Online (Semakan Keputusan)

Dermasiswa Yayasan Perak adalah merupakan satu bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di dalam dan luar negara. Ianya diwujudkan untuk meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.

Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2021 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dermasiswa Yayasan Perak termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Dermasiswa Yayasan Perak 2021 (Dalam Negara)

1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.

2. Permohonan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.

3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ;
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

Syarat Kelayakan Dermasiswa Yayasan Perak 2021 (Luar Negara)

1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTAR PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.

2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.

4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ;
  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

Jumlah Tajaan Dermasiswa Yayasan Perak

A. Dalam Negara

BilPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
1Sijil (termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300
2DiplomaRM500
3Ijazah Sarjana MudaRM1000
4Sarjana MudaRM1500
5Ijazah Doktor FalsafahRM2000

B. Luar Negara

Kategori NegaraKategori AKategori B
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)Nilai Bantuan (RM)
DiplomaRM1500RM2500
Ijazah Sarjana MudaRM3000RM5000
Ijazah Sarjana/ Ijazah Doktor FalsafahRM4000RM6500
Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2021 Online (Semakan Keputusan)

Cara Mohon Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara 2021

Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://yayasanperak.gov.my/v5/dermasiswa-harapan-dalam-dan-luar-negara/.

Nota : Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Semakan Status Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak 2021

Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman web http://yayasanperak.gov.my/.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Dermasiswa Yayasan Perak, sila hubungi di talian 05 – 2552929.

Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No. 111, Jalan Sultan Idris Shah
30000, Ipoh Perak.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Luar Negara 2021

Leave a Reply